Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

Firdaus
10/09/2024 09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.

Menyamar Jadi Rakyat Palestin

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di media sosial, seorang pengguna meminta orang ramai supaya peka apabila dua warga asing dikatakan menyamar sebagai rakyat Palestin bagi meminta derma.

"Hati-hati dengan scammer dari Pakistan yang mengaku dari Palestin untuk minta derma...

"Semalam kedua-duanya sempat melarikan diri dari Masjid Al Ubudiah Seksyen 19 setelah jemaah telefon polis.

"Diorang kantoi bila jemaah minta tunjuk passport. Berselerak lari berkaki ayam masa nak mula solat maghrib," kongsi netizen.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap mengambil kesempatan warga asing berkenaan.

BERITA TRENDING: Netizen Puaka Musykil Warna Muka, Tangan, Kaki Tak Sama, Rupanya Prince Syed Kacukan Arab & Cina - “Aku Tak Maafkan Dunia Akhirat Cara Kau Cakap Macam Ni”

BERITA TRENDING: Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

BERITA TRENDING: Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

BERITA TRENDING: "Dapat Mana Cerita Tu?" - Alif Teega Tak Tahu Isteri Failkan Perceraian



Sekadar info, tiada maklumat lanjut tentang status kedua-dua individu itu. Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu meraih lebih 400,000 tontonan di aplikasi X.

#Viral #Netizen #Tular #Derma #Palestin #Scam #Pakistan #Penipu
;