Berita

Menyayat Hati! Hilang Gaji Harian Semenjak PKP, Suami Pula Buta… Ibu Muda Ini Ganti Susu Anak Kecilnya Dengan Teh O

gempak
Azwa Rahman
06/04/2020
11:00 MYT
Sponsor Banner
Menyayat Hati! Hilang Gaji Harian Semenjak PKP, Suami Pula Buta… Ibu Muda Ini Ganti Susu Anak Kecilnya Dengan Teh O
Seorang ibu terpaksa memberi anak kecilnya minum teh o bagi menggantikan susu yang telah habis gara-gara hilang mata pencarian semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Memetik laporan Sinar Harian, Siti Hajar Musa, 26, yang menetap di Kampung Cabang Tiga, Rantau Panjang, Kelantan terpaksa berbuat demikian terhadap dua anak yang masing-masing berusia setahun dan dua tahun.
"Lebih menyedihkan lagi susu badan tidak keluar dan ia menyukarkan saya untuk menyusu kedua-dua anak yang masih kecil.
"Saya hanya mampu berdoa agar wabak COVID-19 segera tamat agar dapat keluar bekerja seperti biasa," katanya kepada Sinar Harian.
Siti Hajar yang bekerja sebagai pembantu gerai jualan di pasar malam hanya menerima gaji sebanyak RM25 terpaksa mengikat perut sepanjang PKP.
Suaminya, Mohamad Izlan Iskandar Mohd Nasir, 23, pula cacat penglihatan dan tidak bekerja hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan.
Tambah Siti Hajar berkata, adik-beradik ada membantu, tetapi mereka juga hidup dalam kesusahan serta hanya bekerja kampung.
"Setakat ini saya dan suami sanggup berlapar, tetapi bila memikirkan anak-anak yang masih kecil itu yang membuatkan kami sedih.
"Bukan niat kami untuk meraih simpati, tetapi ini yang sedang kami lalui sekarang sepanjang PKP dilaksanakan," katanya lagi.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun BSN Siti Hajar (0301641000028674).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live