Laman Utama

"Mereka Pakai Baju Raya Masa Tu" - Cik B Tak Lupa Tragedi Kebakaran Yang Meragut Nyawa Dua Abang

gempak
Zulaikha Yusof
09/05/2021
13:39 MYT
Sponsor Banner
"Mereka Pakai Baju Raya Masa Tu" - Cik B Tak Lupa Tragedi Kebakaran Yang Meragut Nyawa Dua Abang
Setiap kali bulan Ramadan, penyanyi dan pelawak, Cik B, 16, akui teringat tragedi sedih melibatkan dua abangnya, Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin dan Allahyarham Muhammad Edrie Zikrie yang meninggal dunia disebabkan kebakaran.
Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata kejadian itu berlaku di Meru Hills, Ipoh, Perak pada 4 Ogos 2013.
Katanya, ketika insiden berlaku dia dan adik lelaki, Kacak berada di luar rumah yang didiami pekerja ibu mereka, Datuk Seri Vida.
"Ketika itu, saya berada di luar bersama Kacak sebab malu nak masuk ke dalam rumah memandangkan ia adalah rumah bujang untuk pekerja-pekerja mama. Tiba-tiba saya nampak ada abu berterbangan dan mula nampak kepulan asap dari satu sofa yang sedang terbakar.
"Apabila nampak rumah mula terbakar, saya lari ke pengawal keselamatan dan beritahu bahawa ada kebakaran. Jiran pun ada yang datang membantu.
"Saya masih ingat lagi pekerja-pekerja mama mula menggunakan tilam untuk terjun ke bawah dari tingkat atas. Ada antara mereka yang patah kaki akibat terjatuh," katanya kepada Gempak.
Tambah pelantun lagu Tolonglah itu, pekerja cuba untuk menyelamatkan kedua-dua abangnya, namun mereka tidak berani untuk terjun.
"Mereka takut untuk terjun, jadi mereka berlari ke tandas. Di situlah jasad mereka ditemukan dalam keadaan dipeluk seorang pekerja mama yang turut meninggal dunia.
"Mereka pakai baju raya masa tu. Bukan saja baju, abang Edrie juga memakai jam tangan barunya. Mereka bukan meninggal dunia disebabkan terbakar, tetapi kerana lemas dalam asap tebal.
"Sekiranya mereka masih ada, tentunya sambutan Aidilfitri akan lebih meriah setiap tahun," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024