Viral

Meriah Candat Sotong Tepi Highway, Rupa-Rupanya Pemilik Lori Beri ‘Green Light’ - “Tak Salah Nak Ambil, Orang Bagi Kenapa…”

Asyikin Mayudin
02/07/2024
06:29 MYT
Video yang tular di laman sosial memperlihatkan orang ramai mengambil kesempatan dengan mengutip sotong dari sebuah lori yang terbalik di tepi persimpangan Elmina, Lebuh Raya Guthrie (GCE) mendapat perhatian.
Menerusi perkongsian video TikTok oleh @_aimaan, kelihatan orang ramai memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan sudah siap membawa plastik untuk mengisi sotong-sotong tersebut.
Berdasarkan situasi, walaupun bekas-bekas tong dan makanan mentah itu bersepah jatuh di atas rumput dan jalan tar yang kotor, namun mereka tetap mengambilnya dengan kuantiti yang banyak.
Meninjau di ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi kerana bimbang tentang kekotoran serta isu halal atau tidak memakan sotong tersebut.
Bagaimanapun, terdapat warga maya yang memberitahu mereka sudah dimaklumkan oleh pemandu lori bahawa pemilik makanan mentah itu membenarkan dan menghalalkan sotong itu diambil.
“Pemilik sudah izinkan, jadi tak salah lah nak ambil, orang bagi kenapa mahu tolak itukan rezeki,” komen @ramadani.
“Kalau dari segi hukum, ambil hak orang lain adalah haram tapi banyak saksi yang mengatakan tuan dia sendiri yang suruh ambil, maka halal jadinya,” komen @dyiafitri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dapat Tangkap 7 Ekor, Kamal Adli Bangga Uqasha Senrose Teman Buat Aktiviti Candat Sotong

gempak
10/06/2022
05:18 MYT
Sweetnya!
Laman Utama

The House: Buat Aktiviti Candat Sotong, Uqasha Senrose Tak Gentar Mabuk Laut.

gempak
08/06/2022
10:03 MYT
Mencabar weh candat sotong.