Seorang wanita mendedahkan dirinya diganggu oleh individu ‘miang’ di aplikasi X.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh wanita itu, dapat dilihat individu tersebut menghantar pesanan peribadi meminta supaya gadis itu menjual seluar dalam miliknya.

Entri yang dibuat meraih perhatian netizen di mana rata-ratanya mengkritik dan meluahkan rasa jijik dengan sikap individu itu.

PILIHAN PEMBACA: "Boleh Tak Nak Tengok Your B**bs Yang Real Punya" - Netizen Miang Minta Bukan-Bukan, Ini Jawapan Daiyan…

“Menjijikkan dan menakutkan. Saya harap awak okay,”

“Bodohnya orang macam tu..Menakutkan,”

“B*ngsat macam ni memang layak kena sepak.”

Dalam pada itu, ada juga yang memberi idea supaya menghantar barangan yang diminta bagi tujuan mendedahkan identiti individu menjijikkan itu.

“Cuba layan je. Minta alamat, nama dan nombor telefon untuk pos, kita expose.”

Setakat artikel ini ditulis, entri itu berjaya meraih lebih 800 komen netizen dan 6 ribu tanda suka di Platform X.

Sumber: Platform X