Memang tidak layak ke Piala Asia namun seluruh rakyat Malaysia patut berbangga bagaimana skuad Harimau Malaya bertarung sepenuh jiwa raga menentang pasukan terakhir yang juga ketiga, Korea Selatan dalam Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha.

Hasilnya, skuad kendalian Kim Pan Gon itu berjaya ‘memalukan’ dan mengotakan janji mencalarkan maruah Korea Selatan apabila mengikat pasukan tersebut dengan mata seri 3-3.

Ucapkan terima kasih buat Romel Morales yang memusnahkan harapan Korea Selatan apabila menyumbat gol ketiga hanya beberapa saat sebelum perlawanan berakhir.

Namun jangan dilupa kepada jasa Faisal Halim yang menumpaskan penjaga gol Jo Hyeon Woo sekaligus menjadi pembakar semangat kepada rakan seperjuangan menerusi jaringan pertamanya.

Arif Aiman Hanafi kemudian menambahkan semangat bukan hanya kepada skuad Harimau Malaya tetapi juga rakyat Malaysia apabila menyumbat gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-62 selepas dia dikasari Seol Young Woo.

Malaysia sebelum ini tewas di tangan Jordan (4-0) dan Bahrain (1-0) pada peringkat Kumpulan E saingan Piala Asia 2023.

Dua kekalahan tersebut dijangka Malaysia jatuh ke-136 dunia berbanding pada kedudukan ke-130 dunia pada kemaskini terakhir Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 21 Disember lalu.