Hiburan

Michael Buble Yakin Anak Hidap Kanser Bakal Sembuh

gempak
Kamaruddin Razal
13/02/2017
13:38 MYT
Sponsor Banner
Michael Buble Yakin Anak Hidap Kanser Bakal Sembuh
Penyanyi yang popular menerusi lagu Sway, Michael Buble, 41, yakin anak sulungnya, Noah yang menderita penyakit kanser bakal sembuh.
Noah yang kini berusia 3 tahun didapati menderita penyakit berbahaya tersebut dan mula dirawat semenjak November tahun lalu. Proses penyembuhan Noah kini berjalan dengan lancar.
“Kami sangat bersyukur dan berani untuk mendedahkan yang Noah sedang menjalani rawatan dengan baik. Noah seorang anak yang baik dan bertarung dengan begitu kuat. Doktor sangat yakin dengan masa depan anak kami,” kata Buble.
Tambah Buble, dia dan isterinya, Luisana Lopilato sangat berbangga dengan Noah kerana anak kecil itu berani untuk berhadapan dengan dugaan yang sangat mencabar.
“Noah sangat berani dan perkara tersebut memberikan kami sekeluarga inspirasi. Terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mengharap agar Noah segera sembuh,” katanya lagi.
Semenjak Noah disahkan mengidap kanser, Buble dan isteri menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap anak sulung mereka. Buble mengambil keputusan untuk berehat sementara dalam bidang nyanyian bagi memberikan fokus terhadap Noah.
Sumber: Fox News Olahan oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024