Hiburan

Mierul Aiman Setuju Pelakon Perlu Belajar Seni Mempertahankan Diri - "Selalunya Saya Menggabungkan Teori & Praktikal ..."

gempak
Ainun
14/10/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Mierul Aiman Setuju Pelakon Perlu Belajar Seni Mempertahankan Diri - "Selalunya Saya Menggabungkan Teori & Praktikal ..."
Pelakon Mierul Aiman, mengakui tidak bersetuju jika seorang pelakon tidak mempelajari seni mempertahankan diri sebelum memasuki set penggambaran yang melibatkan lagak aksi yang mencabar.
Jelas Mierul, 26, setiap pelakon yang memegang watak aksi perlu mempelajari seni mempertahankan diri kerana ia melibatkan karakter yang dimainkan oleh seseorang pelakon.
“Saya percaya setiap seni mempertahankan diri mempunyai ilmu yang tersendiri, jadi, kita perlu mempelajari seni ini.

“Paling penting, kita perlu ada keinginan untuk mempelajarinya, kerana jika kita tidak mempelajarinya langsung, kita tidak akan memahami seni pertahanan diri.

“Bagi saya, belajar, berlatih, dan mengulang kaji adalah perkara penting apabila melibatkan naskah yang memerlukan seni mempertahankan diri,” katanya kepada Gempak.

Sentiasa cari rujukkan

Dalam pada itu, pelakon yang popular menerusi Projek High Council itu mendedahkan bahawa dia juga mempraktikkan seni mempertahankan diri daripada sumber yang boleh didapati.

BERITA TRENDING: Raja Ema Sudah Tak Perlu Tanam Benang Di Muka Untuk Tegangkan Kulit - "Dulu Buat Untuk ..."

BERITA TRENDING: Ahmad Dhani Bakal Dapat Menantu, Al Ghazali Kahwin Tahun Depan

BERITA TRENDING: Alif Hadi Putus Cinta Dengan Yasmin Hani, Kini Fasa Healing - “Hubungan Baik, Kalau Tiada Jodoh Pun Buat Apa Nak Masam Muka”

BERITA TRENDING: Alice Chang Sorok Identiti, Cuba Nasib Kerja Di Kedai Aiskrim Lepas Dipecat Cium Doh Roti

Malah, dia sentiasa merujuk kepada orang yang lebih pakar dalam seni pertahanan diri untuk membantunya mempelajari seni tersebut.
“Saya sering menggabungkan teori dan praktikal daripada apa yang dipelajari melalui pelbagai sumber seperti internet, perbualan, pengalaman orang lain, serta praktikal yang saya lakukan sendiri.
“Kedua-dua aspek ini, teori dan praktikal, membantu saya semasa di set penggambaran.
“Biasanya, saya akan merujuk dan dibantu oleh stuntman atau jurulatih, dan di situlah saya dapat mempelajari perkara yang betul mengenai seni mempertahankan diri,” jelasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024