Program Mikrofon Impian ialah sebuah program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian yang diadaptasi daripada program game show nyanyian nombor 1 di Thailand. Ia diterbitkan khusus untuk membantu para peserta yang memerlukan bantuan kewangan untuk melunaskan bebanan hutang.

Bagi menambah baik format asal, pelbagai pengisian elemen tempatan turut disuntik agar bersesuaian dengan budaya serta relevan untuk tontonan masyarakat di Malaysia.

Kembali serba baharu dengan misi yang berbeza untuk musim kedua, edisi kali ini juga turut membuka penyertaan kepada orang ramai yang ingin membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan menyumbang suara mereka bagi mewakili pihak individu yang ingin dibantu.

Peruntukan bantuan kewangan yang diberikan untuk musim ini juga bukan sekadar memfokuskan untuk membantu melangsaikan bebanan hutang semata-mata tetapi turut merangkumi pelbagai masalah kewangan yang lain seperti bagi membiayai kos rawatan perubatan, dijadikan sebagai modal perniagaan, menampung kos harian akibat kehilangan pekerjaan, meneruskan kelangsungan hidup yang terjejas akibat krisis Covid-19 dan sebagainya.

Hadiah wang tunai yang ditawarkan pula adalah mengikut jumlah keperluan bantuan kewangan yang diminta berdasarkan situasi masing-masing.

“Kami cukup berbesar hati dengan reaksi dan sambutan positif yang diterima sewaktu program ini diperkenalkan buat pertama kali pada tahun lalu.

"Ini membuktikan inisiatif kemasyarakatan sebegini juga mampu mendapat tempat di hati para penonton yang prihatin.

Kembali serba baharu dengan kes dan situasi yang berbeza, musim kedua program Mikrofon Impian pastinya bakal menyentuh hati dan emosi masyarakat di luar sana," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal.

Seramai 39 peserta yang terdiri daripada 29 peserta lelaki dan 10 peserta perempuan telah terpilih untuk menyertai program ini bagi musim yang kedua.

Kesemua peserta telah disenarai pendek sewaktu sesi uji bakat tertutup yang diadakan di tujuh buah lokasi sekitar negara iaitu Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula dari 8 Ogos hingga 30 Ogos 2020.

Mengikut format, tiga peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod.



Mereka akan diminta untuk menjelaskan situasi kewangan yang dihadapi sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri. Peserta yang berjaya memikat hati juri akan mara ke pusingan akhir untuk menentukan jumlah wang tunai yang bakal dimenangi.

Dalam pusingan akhir, peserta akan diajukan soalan lazim berkenaan industri hiburan. Untuk menjawab soalan tersebut, peserta harus memilih salah satu mikrofon yang telah ditanda dengan nombor di hadapan dan menyanyi mengikut pilihan jawapan yang telah dipilih.

Jika mikrofon yang dipilih berbunyi, ia menandakan jawapan yang dipilih adalah tepat. Jika gagal, peserta hanya berjaya membawa pulang separuh daripada jumlah bantuan kewangan yang diminta.

Sementara itu bagi menambah baik matlamat penerbitan program untuk edisi kali ini, pihak produksi turut bekerjasama dengan saluran pengumpulan dana sosial menerusi platform ‘KitaFund’ khusus untuk orang ramai yang ingin menyumbang secara ikhlas kepada para peserta menerusi saluran yang betul.

"Di kesempatan ini, ingin kami tegaskan bahawa jumlah sumbangan bukanlah untuk dijadikan ukuran utama tetapi nilai ingatan kepada mereka yang memerlukan lebih diberikan perhatian sewajarnya.

Semoga kes-kes yang ditonjolkan untuk musim ini dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi, motivasi dan pemangkin semangat kepada kita semua untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan berkualiti, insya-Allah," tambahnya.

Program Mikrofon Impian musim kedua akan berdurasi selama 60 minit sepanjang 13 buah episod pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 27 Disember 2020 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan ‘on demand’.

Berikut Daftar Peserta;

SENARAI PENUH PESERTA LELAKI

  1. MOHAMMAD AIZUDIN KHAMIS | 33, Alor Gajah (Melaka)

  2. NOR ALIFF BIN ABDUL RAHMAN | 32, Skudai (Johor)

  3. MUHAMMAD FIRDAUS BIN GHAZALI | Simpang Pertang (Negeri Sembilan)

  4. MOHAMMAD HANNES BIN JAMIAN | 35, Stulang (Johor Bahru)

  5. MOHAMMED FARHAN BIN MUSTAFA | Mantin (Negeri Sembilan)

  6. MOHAMMAD HASIMUDDIN | 21, Johor Bahru

  7. HASSAN BIN MAT SONO | 53, Duyong (Melaka)

  8. MUHAMMAD DANIAL HAQQIM BIN ZURAINI | 20, Johor Bahru (Johor)

  9. SAMSULFAIS BIN AHMAD | Duyong (Melaka)

  10. MOHD HAFIZI BIN MA HASSAN | 35, Kuala Krai (Kelantan)

  11. MOHD SAFIE BIN AYOB | 36, Kuala Kubu Bahru (Kelantan)

  12. HERMAN SHAH SAMAT | 43, Petaling Jaya (Selangor)

  13. AZRAN IZADI BIN MAD ARIS | 38, Kuala Pilah (Negeri Sembilan)

  14. BAKHRUL NIZAM BIN CHE MANSOR | Bukit Katil (Melaka)

  15. AMIR PERWIRA BIN SALEH | 33, Pasir Gudang (Johor)

  16. LUQWAN AIDIL BIN LUAYIN | 22, Ulu Tiram (Johor Bahru)

  17. MUHAMMAD AZRUL HAKIMI BIN MOHD AMIR | 21, Batu Rakit (Terengganu)

  18. AMIRUL HAZIQ BIN ABDUL RAHMAN | 21, Kerling (Selangor)

  19. ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH | 31 tahun

  20. MOHD FAZLI BIN JAAFAR | 40, Kuantan (Pahang)

  21. SAIFUL BAHRI BIN SHAMRI | 33 tahun

  22. WAN MUHAMMAD ADDIN | Kota Bharu (Kelantan)

  23. MOHD ASRI MOHD ZULFADZLI | 35, Kuala Lumpur

  24. HAIDIR BIN HASFA | Bayan Lepas (Pulau Pinang)

  25. MOHD RIDZUAN BIN MAT ALWI | 39, Putrajaya

  26. MUHAMMAD HAZRAT FUZAIL BIN MOHD JAMIL | 26, Shah Alam (Selangor)

  27. MUHAMMAD SHAMMIN BIN ABU BAKAR | 24, Johor

  28. FAISAL MD SAAD (WAKIL NORAZREENA AHMAD) | 39, Bandar Baru Uda (Johor Bahru)

  29. MOHD FAREED MARZUKI (WAKIL FAZLINA BINTI MOHD SAID RAJAKUMARAN | 42,

    Jempol (Negeri Sembilan)

SENARAI PENUH PESERTA WANITA

  1. NUR SYAFIQAH ROSLAN | 30, Bachang, Melaka

  2. NURUL ATIKAH BINTI KAMARUDIN | Nilai (Negeri Sembilan)

  3. SITI NUR ATIKAH BINTI MOHD ASRI | 21, Kota Bharu (Kelantan)

  4. NUR ATIKAQ BINTI ABDULLAH | 18, Ampang (Selangor)

  5. PUTERI IRENE ALYZA BT MOHD KAMARUZAMAN | 19, Pantai Dalam (Kuala Lumpur)

  6. SINAR BINTI ABDUL LATIF | Segamat (Johor)

  7. SUZIANA BINTI AHMAD NORAINI | 45, Sungai Besi (Kuala Lumpur)

  8. NURLIDA BINTI AB RAHMAN | 35, Butterworth (Pulau Pinang)

  9. NORFADZILAH BINTI NAJMI | 34, Seremban (Negeri Sembilan)

  10. NOR HIDAYAH BINTI ABU BAKAR | Simpang Ampat (Melaka)