Skip to main content

Berita Tempatan

Mikrofon Impian: "Saya Berharap Kalau Ada Rezeki Daripada Pihak Lain" - Fakrol Idam Lagu Daripada Hael Husaini

fakrol.jpg
Peserta Mikrofon Impian, Fakrol mengakui bersyukur apabila dipilih sebagai juara pada persembahan minggu keenam.

Menurut Fakrol, dia berharap agar diberikan rezeki dan peluang untuk menjejakkan kaki dalam bidang seni.

"Insya-Allah kalau boleh saya mahu meneruskan perniagaan yang dilakukan selama ini.

"Dalam masa yang sama saya berharap kalau ada rezeki daripada pihak lain, mungkin daripada segi nyanyian dan pengacaraan.

"Kalau diberikan peluang dalam bidang nyanyian saya mahu lagi daripada Hael Husaini," katanya menerusi segmen Cerita Mikrofon Impian.


Episod keenam program Mikrofon Impian menyaksikan Fakrol memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 20,000 untuk menyelesaikan masalah hutang dirinya.

Program Mikrofon Impian diterajui Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.

Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.

Masyarakat yang prihatin boleh turut membantu dengan menyumbang secara ikhlas kepada peserta yang memerlukan sekiranya mereka gagal memenangi sebarang wang kemenangan menerusi platform MaybankHeart.

Mikrofon Impian dibawakan oleh Chatime Malaysia  bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Advertisement

Must-Watch Video