Skip to main content

"Mily Jarang Nangis, Saya Rasa Dia Tak Tahu Sakit" - Juliana Evans Kongsi Perkembangan Anak

ju.jpg

Pelakon dan pengacara Che Puan Juliana Evans berkongsi perkembangan terkini anak sulungnya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah atau nama timangannya Mily.
 
Menurut Juliana, 31, anaknya yang kini sudah berusia lapan bulan itu sudah semakin lasak.
 
"Botak girl ni dah boleh berdiri sendiri sekarang. Dia juga boleh merangkak dengan laju juga! Dia mengingatkan saya pada diri sendiri.
 
"Mummy pernah kata yang saya dulu seorang yang lasak dan adventurous sewaktu bayi," katanya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.
 
Dalam video tersebut, pelakon filem Bella & Jamie itu berkongsi gelagat anaknya yang kini sudah mampu berdiri sendiri di tempat tidurnya.
 

Must-Watch Video

Advertisement