HIBURAN
Mimi Fly Bakal Gegarkan Konsert Krisdayanti, Kejutan Istimewa Menanti - “Kami Memilih Mimi Selepas…”
Penganjur Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti, Tuan Isa A. Rani, memaklumkan bahawa penyanyi Mimifly bakal membuat persembahan pembukaan untuk konsert yang dijadualkan berlangsung pada Jun nanti.
Menurutnya, pemilihan Mimifly sebagai artis jemputan dibuat selepas mereka menyaksikan persembahannya di Gempak Most Wanted Awards 2024 baru-baru ini.
"Kami memilih Mimifly selepas melihat persembahannya di Gempak Most Wanted Awards 2024.
“Dia berjaya memberikan persembahan yang mengagumkan, dan kerana itulah kami mengambil keputusan untuk melamarnya sebagai artis pembukaan bagi Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti pada Jun ini," katanya kepada Gempak.
Tuan Isa berkata demikian ketika menghadiri majlis Iftar bersama Kridayanti yang berlangsung di The Gardens, St. Giles, Kuala Lumpur pada Khamis.
Tuan Isa turut menegaskan pemilihan Mimifly bukan berdasarkan kontroversi atau kerana namanya sering trending di media sosial, sebaliknya kerana bakat dan kemampuan yang dimilikinya.
"Kami melamar dia bukan disebabkan kontroversi atau kerana namanya mudah trending. Sebaliknya, ia berdasarkan bakatnya yang telah terbukti melalui persembahan sebelum ini," jelasnya.
Dalam pada itu, penganjur turut mendedahkan seorang lagi artis lelaki bakal tampil berduet dengan Krisdayantipada malam konsert nanti.
"Selain Mimifly, kami juga akan membawa seorang artis lelaki sebagai rakan duet Krisdayanti. Identiti artis tersebut akan diumumkan menerusi media sosial kami dalam masa terdekat," tambahnya.
Terdahulu, penyanyi popular Krisdayanti bakal mengubat rindu peminatnya apabila muncul dengan sebuah konsert khas 'Konsert Cinta Nostalgia Krisdayanti' yang akan berlangsung 22 Jun ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
BERITA BERKAITAN: Krisdayanti Ubati Rindu Peminat Selepas Lapan Tahun, Konsert ‘Cinta Nostalgia Krisdayanti’ Bukti Terus Disayangi - “Saya Rasa Bertuah”
BERITA BERKAITAN: Rapat Seperti Keluarga, Kehilangan Pengurus Beri Kesan Mendalam Buat Krisdayanti - “Kami Boleh Diibaratkan Seperti Siti & Kak Rozi…”
BERITA BERKAITAN: Terima Teguran Dengan Baik, Mimi Fly Dipuji Tunjuk Sikap Positif - “Bukan Kerana Paksaan, Tetapi…”
BERITA BERKAITAN: Mimifly Nafi Dah Kahwin
Must-Watch Video