Para peminat SINAR dijemput menyertai pertandingan ‘Projek Lagu Dato’ Jamal di SINAR’, dengan kerjasama Universal Music Malaysia, untuk mencari bakat baharu mencipta lagu beserta lirik.

Menariknya, peserta akan dinilai oleh Datuk Jamal Abdillah sendiri tau!

Korang boleh menyertai pertandingan ini dari 16 hingga 29 Ogos menerusi laman rasmi sinar.my.

Syaratnya, terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan peserta boleh menghantar rakaman audio lagu beserta lirik yang ditulis sendiri. Pastikan karya korang asli dan belum pernah diterbitkan.

Lima peserta akan disenarai pendek ke peringkat penilaian yang akan dikendalikan oleh pihak Jamal. Kriteria penjurian akan berdasarkan alunan muzik, kreativiti dalam mencipta lagu dan susunan lirik yang menarik.

Peserta yang berjaya dinobatkan sebagai juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan karya asli mereka akan direkod di bawah label Universal Music Malaysia serta dinyanyikan oleh Jamal sendiri.

Korang juga boleh menyaksikan penjurian akhir pertandingan ini yang akan dijalankan secara langsung menerusi Facebook Live SINAR, pada awal bulan September nanti.

Untuk maklumat lanjut, layari sinar.my atau ikuti SINAR di platform media sosial.