Sering dilihat melayan komen-komen ‘nakal’ netizen di Instagram, pelakon Raja Atiq menjelaskan itu merupakan sebahagian daripada caranya berkomunikasi bersama peminat.

Jelas Atiq, kehadiran netizen sedikit sebanyak dapat memeriahkan lagi ruangan komen Instagramnya.

“Nak kata melayan tidaklah sangat, tapi ada juga saya layan mereka sikit tanda berkomunikasi, kerana mereka adalah peminat-peminat saya juga.

“Kalau tiada mereka tiada la Atiq, sendu komen-komen IG saya, ada mereka meriah juga IG saya.

“Tapi kalau ada mesej-mesej yang nakal sangat tu memang agak tak selesa. Tengok juga soalan, saya pilih untuk jawab,” katanya ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Seratus yang bertempat di GSC, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Isnin.

Tambah Atiq, kebanyakkan komen-komen nakal yang diterimanya adalah daripada peminat lelaki.

“Selain komen ada juga saya terima di bahagian DM (Direct Message), antara yang teruk pernah dapat adalah gambar-gambar mereka tidak pakai baju.

“Lagi seram bila lelaki mesej cakap cair kalau tengok saya sampai minta saya buat video tunjuk bahagian bawah badan saya pula.

“Walaupun terjadi kejadian begitu, saya tak akan block mereka sebab itu antara konten yang boleh buat untuk nampak saya sentiasa aktif di IG, kalau block followers saya menurun,” tambahnya.

Sinopsis

Seratus mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Hafiz yang perlu menyelamatkan ibunya daripada dibunuh. Hafiz perlu mencari semula wang RM 100 yang mempunyai “klu” tentang pendrive yang terkandung sebuah rahsia besar. Hafiz melalui pelbagai situasi yang mencemaskan demi mendapatkan wang RM 100 itu sebelum ibunya mati dibunuh.

Saksikan filem arahan Feroz Abdul Kader ini yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 Oktober depan.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!