Hiburan
Mira Filzah Syukur Dapat Sambut Ramadan Di Tanah Suci
Pelakon baru Mira Filzah yang kini sedang mengerjakan umrah bersama ibu dan bapanya berkongsi keterujaan dan rasa syukurnya dapat menyambut Ramadan di Tanah Suci.
Mira Filzah atau nama penuhnya, Nur Amirah Filzah Badiozaman, 23, berangkat ke Mekah pada Jumaat lalu.
Menerusi beberapa kapsyen beserta foto yang dimuatnaik di Instragram (IG), jelas menunjukkan pelakon Cinta Si Wedding Planner tersebut kagum dengan keindahan Kota Suci itu.
Mira telah melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menunaikan ibadah dan menyambut bulan Ramadan di Tanah Suci.
“There are blessings everyday. Remember them. Appreciate them. Treasure them. #MiraFilzah,” tulisnya
Di samping itu, sebagai seorang anak dia tidak lupa untuk mendokan kesejahteraan kedua ibu bapa tersayang sebelum memuatnaik foto bersama mereka.
“O Allah, forgive the sins of my parents. Have mercy on them. Let me be of service to them with kindness and compassion. Accept their deeds and grant them Jannah. Ameen. #MiraFilzah,” tulisnya.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik yang diambil menerusi IG Mira Filzah:
Must-Watch Video