,
Laman Utama

Miss Universe Malaysia Diganggu Lebai Berjubah, Ekori & Ajak Lepak Bilik Hotel - "Dia Cuba Tenung Terus Mata Saya, Calitkan Minyak Pada ..."

Amri Hassan
18/01/2023
00:20 MYT
Miss Universe Malaysia 2020/2021, Francisca Luhong James berdepan detik cemas apabila diganggu oleh seorang lelaki berjubah putih dan berkopiah ketika di sebuah hotel di ibu kota pada Selasa.
Berkongsi pengalaman mencemaskan itu di Instagram, kata Francisca, 27, dia mula menyedari lelaki terbabit apabila diekori rapat sebelum mendapatkan bantuan orang sekeliling dan pengawal keselamatan.
"Hari ini, pada 17 Januari 2023 ketika di hotel Four Season selepas temujanji spa, apabila saya keluar dari lif menuju ke lobi untuk menunggu Grab saya ternampak lelaki itu sekali lagi.
"Orang yang sama, pakaian sama namun berlainan kain yang disangkut di bahu. Lebih menakutkan saya nampak dia mencalitkan sesuatu pada lehernya, seperti minyak.
"Saya sangat takut dan berlalu ke Starbucks kemudiannya menelefon kawan saya yang mengenali pengawal keselamatan di premis ini.
"Malangnya, dia mengekori saya di belakang dan saya segera mendapatkan bantuan daripada cashier di Starbucks terbabit. Lebih menakutkan dia masuk ke dalam premis dan duduk di satu sudut bertentangan dengan saya.
"Dia bangun dan datang menghampiri saya yang duduk bersebelahan kaunter dan cuba memandang tepat ke arah mata saya," cerita Francisca.
Namun, nasib menyebelahi Francisca apabila pengawal keselamatan datang dan cuba menangkapnya sebelum lelaki terbabit menghilangkan diri di luar premis.
Dedah Francisca lagi, individu terbabit merupakan lelaki sama yang pernah cuba mengganggunya sekitar setahun lalu sewaktu minggu KL Fashion Week.
"Saya tak pernah berkongsikan hal ini kepada publik tapi sekarang saya perlu berbuat demikian kerana ini bukanlah kali pertama dan semua wanita harus berjaga-jaga di kawasan ini. Lebih menakutkan kalau dia sebenarnya seorang pengendap!
"Ketika saya sedang duduk, seorang lelaki berpakaian seumpama lebai menghampiri saya dan bertanya sekiranya saya bersendirian, tanya apa saya buat, dari mana asal saya dan cuba merenung mata saya.
"Saya rasa kekok apabila dia cuba bercakap dengan saya dan cuba mengelakkan diri. Dia terus mengganggu saya dan ajak saya minum kopi bersamanya atau bersembang di dalam bilik hotel.
"Itu lagi menakutkan saya dan saya menolaknya secara baik, memohon agar tidak mengganggu saya lagi. Tapi dia tidak mengendahkannya! Maka saya keluar dari premis terbabit menuju ke Pavilion.
"Ketika saya berjalan, dia terus mengekori saya dan terus mengasak saya untuk menemaninya. Sangat menakutkan, jadi saya melajukan langkah dan mujurlah bertemu dengan kenalan saya di KLFW. Dia berlalu pergi," cerita gadis yang berasal dari Sarawak itu lagi.
Dalam insiden berkenaan Francisca sempat merakamkan foto lelaki berkenaan yang lengkap berjubah dan berkopiah putih dengan meletakkan kain selempang di bahu.
Justeru, Francisca menasihati orang ramai terutamanya wanita agar sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan orang sekeliling yang akan cuba mengambil kesempatan.
"Saya berpesan kepada wanita di luar sana agar berhati-hati sekiranya ternampak kelibatnya. Jangan benarkan dia sentuh atau pandang tepat ke arah mata kalian. Saya sangat panik dan trauma.
"Pastinya ramai yang tidak akan menyangka apa yang dia mampu lakukan apabila melihatnya berpakaian. Jadi, sentiasalah berjaga-jaga kerana kita tidak tahu ada segelintir orang yang kurang waras dan akan melakukan apa saja untuk menutup niat buruknya," pesannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Guardians of the Shore, Tembawai Kanyuk & Ram Ram Rep Antara 42 Judul Rancangan TVS Ditayangkan Di Viu

gempak
23/10/2024
19:23 MYT
Viu, sebuah platform OTT terkemuka di rantau ini, telah memperoleh 42 judul daripada TVS (TV Sarawak), menjadikan kandungan Sarawak tersedia secara kolektif buat pertama kalinya untuk pelanggan Viu.
Hiburan

"Cuaca Sejuk, Kru Jatuh Sakit" - 15 Jam Masuk Bario Demi Tegkang, Pengarah Lega Filem Menang Banyak Anugerah

gempak
14/10/2024
12:50 MYT
Industri perfileman tanah air sering dibanjiri oleh filem-filem dengan genre seram, aksi, atau komedi, dan jarang menonjolkan budaya masyarakat setempat dengan jalan cerita yang menyentuh perasaan.
Hiburan

13 Tahun Tanpa Album, Zee Avi Tampilkan Band Baharu! 'Oyasumi Na Sayang' Lagu Bersama Karyawan Jepun

gempak
04/10/2024
04:35 MYT
Walaupun sudah 13 tahun tanpa album baru, Zee Avi kini sedang mempersiapkan album ketiganya.
Sukan

"Saya Mampu Lakukan Apa Saja Termasuk Berlakon" - Jojo Ghazali

gempak
29/09/2024
09:26 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, mendedahkan dia mampu melakukan apa sahaja selain daripada bertarung dalam gelanggang mahupun bertempur dengan bintang ternama dunia.
Hiburan

Filem Masyarakat Kelabit 'Tegkang' Menang Lift-Off Sessions, Bakal Bersaing Di London!

gempak
22/09/2024
10:53 MYT
Tegkang, sebuah filem Malaysia yang mengisahkan kehidupan di dataran tinggi Bario, Sarawak, telah dipilih sebagai pemenang sesi untuk Anugerah Pembikin Filem Baru Terbaik di First-Time Filmmaker Showcase, sebahagian daripada acara berprestij Lift-Off Sessions.
Unitar