Skip to main content

Rancangan Realiti

MLM2019: “Tolonglah Beri Perhatian Pada Kami, Sikit Pun Jadilah…” – Bell Ngasri

bell-ngasri-mlm2019.jpg
Anggota kumpulan ROJAK, Bell Ngasri berharap penonton lebih terbuka untuk menerima kumpulan yang dianggap sebagai ‘underdog’.
 
Menurut Bell, adakalanya kumpulan yang digelar ‘underdog’ ini telah memberikan sehabis baik namun tidak mendapat perhatian.
 
“Kami tidak punya apa-apa, kami datang dengan serba kekurangan. Kadang-kadang cerita kami itu tidaklah teruk tetapi apa yang menyedihkan saya…
 
“Apabila kita dah memberikan yang terbaik, kadang-kadang juga orang anggap benda yang kita buat itu tidak menapai piawaian sedangkan okay sahaja.
 
“Jadi saya mohon sangat supaya orang tolonglah… Berikanlah perhatian kepada kami, tolonglah kami, berilah kami cuba.
 
“Setiap minggu kami berikan yang terbaik dan cuba perbaiki kekurangan. Apa yang orang suka dana pa yang tidak.
 
“Kami ini masih belajar, saya harap semoga mereka dapat memberikan sedikit perhatian kepada kami. Sikit pun tak mengapa, jadilah…” katanya ketika ditemui Gempak.
 
Terdahulu, minggu keenam MLM2019 menyaksikan ROJAK yang dianggotai oleh Bell, Rahim dan Chiwan ini menduduki tempat kedua dengan jumlah markah 58.33%.
 
Jangan lupa saksikan MLM2019 setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.
 
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)
 
Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:
 
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
 
2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.
 
Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega

Must-Watch Video

Advertisement