Skip to main content

Hiburan

Awal Ashaari Tak Galak Anak Ceburi Dunia Seni - “Kalau Boleh Carilah Kerja Yang Menjamin”

Awal Ashaari Tak Galak Anak Ceburi Dunia Seni - “Kalau Boleh Carilah Kerja Yang Menjamin”

Sekilas

  • Awal Ashaari tidak menggalakkan anak-anaknya, Lara Alana dan Lyla Amina, untuk ceburi dunia seni kerana kehidupan selebriti yang tidak menentu dan bergantung kepada rezeki serta nasib.
  • Awal telah memberi pendedahan kepada anak-anak tentang realiti industri hiburan yang tidak menjamin masa depan dan peluang pekerjaan yang berubah-ubah.
  • Dia berharap anak-anaknya memilih kerjaya yang lebih stabil dan menjamin masa depan berbanding bergantung pada industri seni yang tidak pasti.
Advertisement

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari mengakui dia tidak menggalakkan dua anaknya, Lara Alana dan Lyla Amina untuk terlibat dengan dunia seni di masa akan datang.

Menurut Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, dia juga telah memberi pendedahan kepada anak-anak mengenai realiti kehidupan dan masa depan seorang anak seni yang tidak menentu.

Advertisement

“Anak saya dah kena ‘brainwash’ dah. Kadang-kadang mereka cakap nak jadi pelakon macam Scha, tapi dia kata tak payah, artis tak banyak duit.

“Lepas itu anak kata, ‘Tapi you banyak je duit kan?’. Tak ada. Scha kata, ‘You have to be very smart’.

“Kadang-kadang benda ini ikut rezeki dan nasib. Dalam Malaysia, bukan saja soal bakat tetapi dia disertai dengan rezeki dan juga nasib.

Advertisement

“Kalau nasib you baik, orang kata untung sabut timbul. Kalau dia tenggelam, macam mana nak timbul? Susah,” katanya kepada Gempak.

Awal berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran telefilem Like & Latte yang bertempat di Eleventea, Wangsa Maju pada Selasa.

Tambah Awal, kehidupan sebagai selebriti juga tidak menentu kerana peluang pekerjaan bergantung kepada tawaran yang diterima.

Justeru, pelakon filem Impak Maksima ini berharap agar dua anaknya lebih cenderung untuk kerjaya yang lebih menjamin masa depan.

“Kehidupan sebagai selebriti ini tidak menentu. Kalau tengah ‘meletup’, tawaran banyak. Selepas itu kalau dah suam-suam, nanti tawaran akan kurang. Jadi, memang tak ada jaminan.

“Orang lain apabila dah berumur, mereka boleh fikir nak bersara sebab duit simpanan banyak kemudian ada pencen.

“Kalau selebriti kena carum sendiri, itu pun kalau ada yang beringat. Kalau yang tak beringat, masa tengah happy, berjoli-joli, tiba-tiba bila dah down, tak ada apa-apa.

“Daripada situlah saya rasa macam anak-anak ini kalau boleh saya mereka carilah kerja yang boleh menjamin. Bukan nak kata industri kita tak menjamin tetapi ia bergantung kepada rezeki dan nasib,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement