Skip to main content

Antarabangsa

Tiga Bulan Koma, Petinju Lee Reeves Meninggal Dunia Pada Usia 31 Tahun

Tiga Bulan Koma, Petinju Lee Reeves Meninggal Dunia Pada Usia 31 Tahun

Sekilas

  • Petinju profesional Ireland, Lee Reeves, meninggal dunia pada usia 31 tahun selepas hampir tiga bulan koma akibat kecederaan otak serius dalam perlawanan menentang Gary Cully pada 1 Ogos lalu.
  • Reeves mengalami kecederaan selepas tumbang dua kali dan kalah KO pada pusingan ke-10, kemudian menjalani pembedahan kecemasan dan rawatan di hospital Dublin serta Limerick.
  • Sepanjang kerjaya profesionalnya, Reeves mencatatkan 16 kemenangan dan dikenali sebagai juara amatur kebangsaan lima kali serta aktif memperjuangkan kesedaran kesihatan mental.
Advertisement

Dunia sukan tinju diselubungi kesedihan apabila petinju profesional Ireland, Lee Reeves dilaporkan meninggal dunia pada usia 31 tahun selepas hampir tiga bulan berada dalam keadaan koma.

Reeves menghembuskan nafas terakhir pada malam Isnin selepas mengalami kecederaan otak serius ketika bertarung menentang Gary Cully dalam satu perlawanan yang berlangsung pada 1 Ogos lalu.

Advertisement

Memetik laporan The Ring, Reeves mengalami kecederaan tersebut selepas tewas menerusi keputusan kalah mati atau knockout (KO) pada pusingan ke-10 dalam perlawanan kategori junior welterweight di 3Arena, Dublin.

Ketika perlawanan berlangsung, Reeves dilaporkan tumbang sebanyak dua kali pada pusingan terakhir sebelum tidak sedarkan diri.

Keadaan itu menyebabkan beliau terpaksa dibawa keluar dari gelanggang menggunakan pengusung sebelum menjalani pembedahan kecemasan akibat trauma pada otak.

Advertisement

Susulan kecederaan tersebut, Reeves ditempatkan dalam keadaan koma yang diinduksi secara perubatan bagi membolehkan rawatan lanjut dijalankan.

Selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Dublin, beliau dipindahkan ke University Hospital Limerick di kampung halamannya pada bulan lalu.

Meskipun keluarga dan rakan-rakan sebelum ini optimis terhadap proses pemulihannya, Reeves dilaporkan mengalami jangkitan lain pada hujung minggu sebelum pemergiannya.

Jangkitan tersebut dipercayai menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya.

Berita pemergian Reeves turut mendapat perhatian penganjur perlawanan, Queensberry Promotions yang menzahirkan rasa dukacita menerusi satu kenyataan di media sosial.

Menurut pihak penganjur, Reeves bukan sahaja seorang petinju berbakat besar, malah individu yang menjadi inspirasi kepada masyarakat sekelilingnya.

“Semua di Queensberry amat berdukacita menerima berita pemergian Lee Reeves.

“Lee merupakan seorang petinju yang sangat berbakat, selain menjadi contoh teladan dan inspirasi sebenar kepada komunitinya,” menurut sebahagian kenyataan tersebut.

Sepanjang kerjaya profesionalnya yang bermula pada November 2018, Reeves mencatatkan rekod 16 kemenangan dan dua kekalahan, termasuk 11 kemenangan menerusi KO.

Sebelum bergelar petinju profesional, beliau pernah meraih gelaran juara amatur kebangsaan sebanyak lima kali.

Di luar gelanggang, Reeves turut dikenali sebagai individu yang aktif memperjuangkan kesedaran mengenai kesihatan mental.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai anggota tentera dalam Batalion Ke-12 yang berpangkalan di Limerick.

Pemergian Reeves pada usia muda meninggalkan kesedihan kepada keluarga, rakan-rakan serta komuniti sukan tinju yang mengikuti perjuangannya sepanjang tiga bulan menerima rawatan.

Sumber: The Ring.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Everlast Unisex Adults Bronx Backpack (Black) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Bronx Backpack (Black) - Sports Direct One Size

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

JDEN Fitness Unisex Quick Dry Shorts Running/Gym/Marathon/Training - Seluar Pendek Sports Sukan

Nike Dri-FIT Men's Total 90 Soccer Jersey - White [IB4219-100]

Nike Dri-FIT Men's Total 90 Soccer Jersey - White [IB4219-100]

adidas Football Goletto IX Firm/Multi-Ground Boots Unisex Black IH7702

adidas Football Goletto IX Firm/Multi-Ground Boots Unisex Black IH7702

Must Watch Video

Advertisement