Bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2), Khir Rahman berharap orang ramai dapat memberikan sokongan dan doa kepada kumpulan Janggo yang bakal beraksi di pentas akhir Jumaat ini.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Khir berkongsi antara cabaran-cabaran yang dihadapi sepanjang berada dalam MLS2.

“Alhamdulillah… Dalam resah mencari rentak dan titik temu antara kami… Dalam gundah mengenal lawak tanpa penonton dan reaksi.

“Ada masanya menjadi, ada masanya pula dikeji… #JANGGO berjaya melangkah ke pusingan akhir #muzikallawaksuperstar2

“Ya… Ianya pertandingan namun 'pecah kepala' kami lebih kepada mahu menghiburkan. Tidak mahu meninggalkan displin dan ilmu-ilmu pementasan komedi secara 'live' di tv.

“Mengekalkan corak persembahan menyeluruh dan berpasukan. Cuba menguasai pentas, lakon dan berkaraktor, menyanyi dan menari sebaiknya.

“Komedi dan seni, lawak demi masyarakat yang pelbagai peringkat, citarasa dan pemikiran yang berlainan peringkat dan minat

“Dalam kerendahan hati… Kami mohon doa, sokongan dan terutamanya UNDI dari kalian. Tempat ke 4 sudah pasti.

“Namun harapan dan doa kami moga 'barang' persembahan muzikal komedi final kami ini dapatlah kiranya menganjak keputusan yang lebih baik,” coretnya.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.


Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 KLIK SINI.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI