Juara Muzikal Lawak Superstar 3, Namie dari kumpulan UBI mengumumkan dirinya kini tidak lagi bergelar seorang guru bagi memberikan tumpuan untuk bergelar anak seni.
Menurut Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin, dia sudah meletakkan jawatannya sebagai pendidik sejak Mac lalu kerana mengimpikan untuk menjadi seorang selebriti sejak kecil lagi.
Malah anak kelahiran Batu Kikir, Negeri Sembilan ini memohon maaf jika selama ini terpaksa merahsiakan perkara tersebur daripada pengetahuan peminat.
“Sejak kecil, impian saya untuk menjadi seorang selebriti bukannya cita-cita yang main-main. Dia tahap saya pandang seseorang dalam TV, saya bercakap dengan diri sendiri, saya nak jadi macam dia.
“Saya minta maaf sebab saya sembunyikan benda ni, saya sebenarnya dah lama berhenti menjadi seorang guru sebab saya nak mengejar niat dan impian saya bekerja dalam industri seni. Lagipun saya tak mahu kacau mental saya, privasi saya, saya mohon maaf.
“Saya tolak tepi tohmahan orang yang kata saya tak sayang pencen, tak sayang itu, tak sayang ini. Selama ini pun kalau ada kecaman, saya tak pernah balas.
“MLS3 bukan punca saya berhenti kerjaya sebagai guru sebab dari bulan Mac lagi saya sudah meletakkan jawatan sebagai guru,” ujarnya kepada Gempak.
Namie ditemui pada majlis sidang media MLS3 yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Jumaat.
Anggota kumpulab UBI bersama Syarif dan Fad ini juga memohon para penerbit drama, filem malah semua peminat untuk menerima kehadirannya dalam persada seni tanah air.
“Sejujurnya saya tak menyesal berhenti kerjaya lama sebab inilah yang saya nak, sekarang ini. Ada yang kata saya nak kejar populariti, salah tu. Apa yang saya nak kejar adalah job.
Dapat platform MLS3 ni memang tepat. Penjurian dari segi nyanyian, lakonan dan lawaknya seseorang itu. Peluang ini pula datang pada waktu yang saya tak jangka. Saya percaya pada rezeki,” jelasnya lagi.
Pada malam akhir MLS3 yang bersiaran secara langsung malam tadi, kumpulan UBI dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah bernilai RM150,000.
Azwa Rahman
Sat Sep 24 2022


“Dia Tak Pernah Nak Susahkan Saya, Susahkan Sesiapa Pun, Termasuk Mak Dia” - Pengasuh Zayn
Pengasuh terkesan kehilangan Zayn

Rakaman Suara Didakwa Milik Ibu Zayn Tular - “Tak Ada Bunyi Kasut, Berdesup Hilang Macam Tu Je”
Rakaman suara menceritakan saat kehilangan Zayn

Penampilan Berniqab Bukan Halangan, Jenama Antarabangsa Hamilton Pilih Neelofa Sebagai Duta
Tahniah Lofa!
Remake MV “Berdua Bersatu” viral, Suara FariqMacfly Sebijik Ayie Floor 88! | Motif Trending
Korang ingat tak boy group yang viral dekat TikTok dengan MV remake lagu “Berdua Bersatu’? Haa mereka lah orangnya. Bukan setakat viral, video mereka antara TOP 20 GMW Awards 2023!
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Anita tekad buat report polis, namun…. | Adam Bukan Adam - Part 3 | EPS6
Selepas Sohaimy buat pengakuan dia dibunuh, Anita bergegas pergi ke balas polis namun laporannya tidak dipercayai oleh pihak polis.
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu

Hasil Selfie Cantik, Dahlia Rizal Kongsi Setting Camera Pada iPhone - “Alhamdulillah Saya Punya Ok Sikit…”
Patutlah cantik...
Sohaimy Mengaku Isterinya Pembunuh | Adam Bukan Adam - Part 2 | EPS6
Secara tiba tiba…. Sohaimy mengaku isterinya Zurra yang membunuh dirinya..
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu
Anita Yakin, Zurra Yang Bunuh Sohaimy | Adam Bukan Adam - Part 1 | EPS6
Selepas bertemu dengan kawan baik Zurra, Anita yakin Sohaimy dibunuh oleh isterinya sendiri..
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu
Masalah Mental Personality Berganda? | Adam Bukan Adam : Report Mistik - Episod 6
Kes jenayah yang kontroversi Billy Milligan menjadi persoalan untuk kali ini. Billy dibebaskan dari tuduhannya kerana didakwa memiliki masalah mental personality Berganda (MPD).
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu
Saksikan Adam Bukan Adam
⏰ Setiap Khamis, 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Video menarik di gempak.com
#GempakOriginalSeries
#AdamBukanAdam
#AstroBaharu

Azlan Komeng Nafi Dah Cerai, Akui Isteri Salah Faham Sebab Tak Berapa Faham Bahasa Pasar
Oh begitu