Skip to main content

Berita Antarabangsa

Model Toyota CKD Tidak Naik Harga

toyota-ckd-tidak-naik-harga-drebar-mi.jpg
Advertisement

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan bahawa tiada perancangan untuk menaikkan harga model-model CKD pada masa ini.

Awal tahun ini, Menteri Kewangan memberikan jaminan bahawa jika ada model CKD ditingkatkan harganya disebabkan ketelusan Open Market Value, kenaikan itu akan diserap sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan pada 2020.

Presiden UMWT Ravindran K berkata, faktor-faktor seperti kadar tukaran dan perubahan cukai boleh mempengaruhi harga. 

“Bagaimanapun setakat ini, kami akan cuba mengekalkan kestabilan harga dengan menyerap kenaikannya selagi boleh.

Barisan model CKD yang kini ditawar oleh UMWT membabitkan Vios, Yaris, Rush, Hilux, Fortuner, Innova dan Hiace.
 

Must Watch Video

Advertisement