Selepas selesai menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah, pelakon muda Aniq Suhair dilihat telah membotakkan kepalanya.

BERITA TRENDING: Didakwa Hamilkan Wanita, Aniq Suhair Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang - “Berniat Jahat...

Aniq, 23, berkata, selain salah satu rukun umrah, dia menganggap perkara itu sebagai permulaan baharu selepas dilanda pelbagai ujian.

"Semoga luruhnya rambutku ini sepertimana luruh dosa-dosaku. Mari kita mulakan semula. Botak era!" ujarnya menerusi perkongsian di Instagram pada Jumaat.

Sebelum ini, Aniq yang juga bekas peserta Hero Remaja 2019/2020 menjadi bualan ramai apabila menjadi mangsa fitnah dan dituduh telah menghamilkan seorang wanita.

Tidak berdiam diri, Aniq atau nama lengkapnya Aniq Suhair Mohd. Salleh memberitahu sedia untuk mengambil tindakan undang-undang demi menjaga nama baiknya.

Namun, wanita tersebut menarik semula semua tuduhan yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun TikToknya pada 1 November lalu.

BERITA TRENDING: Wanita Dakwa Hamil Anak Aniq Suhair Tampil Mohon Maaf - “Tak Seharusnya Saya Muat Naik Konten...