Penyanyi dan pelakon Dafi meluahkan rasa gembira dan syukur mengenai pelantikan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Dafi ketika dihubungi Astro Gempak berkata, sebagai anak dia sangat berbangga dengan kejayaan bapanya itu.

“Alhamdulillah syukur. Saya gembira sangat dengan usaha dan kerja keras papa yang saya tengok sendiri depan mata sepanjang membesar sehingga la ke sekarang membuahkan hasil,” katanya.

Jelas Dafi, dia juga berdoa supaya bapanya akan terus berjaya dalam apa jua yang dia lakukan.

“Saya sebagai anak akan sentiasa sokong apa jua papa lakukan.

“Semoga papa terus sihat, selamat menjalankan tugas dengan baik.

“Saya ucapkan tahniah untuk pencapaiannya kali ini,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan beberapa pelantikan baru.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan, Muhyiddin Yassin melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

BACA: Tahniah! Ismail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri, Hishammuddin Pula Sebagai…