Pelakon terkenal, Fendy Bakry memaklumkan pendaftaran untuk pembedahan ibunya yang menghidap kanser payudara telahpun berjaya.

Pada masa yang sama, Fendy juga mendoakan agar ibunya selamat, diberi kesembuhan dan kekal bersemangat.

"Pendaftaran untuk ke wad hari ini berjaya, Insya-Allah Isnin akan pembedahan kanser payudara.

"Moga segalanya selamat dengan hendak-Nya, terus kuat dan bersemangat wahai bonda, semoga diberi kesembuhan," tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Fendy juga mengharapkan jumlah kes COVID-19 di negara kita menurun segera kerana kasihan akan para pesakit yang terpaksa menunda pembedahan besar.

"Stay safe okay guysm moga kes makin berkurangan dan bilik pembedahan (OT) boleh dibuka seperti sediakala.

"Kesian pesakit-pesakit di luar sana yang perlu menangguh pembedahan besar," tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Fendy termasuk rakan-rakan industri mendoakan kesembuhan buat ibunya itu.

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry)