Penantian pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk pulang ke kampung halaman kini berakhir apabila beberapa daripada mereka telah pun dihantar pulang.

Difahamkan, seramai 790 pelajar daripada sembilan IPT di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan pulang ke rumah masing-masing, malam semalam.

Perkara itu turut dikongsi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu posting di Twitternya.

Menurut Ismail, kegembiraan jelas terpancar pada wajah pelajar ini apabila mereka dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Berada di Universiti Malaya untuk melihat proses penghantaran pulang pelajar ke zon utara iaitu Pulau Pinang, Kedah & Perlis.

"Semoga mereka selamat tiba ke destinasi dan bertemu keluarga tersayang," katanya.

Posting berkenaan kemudian mendapat respon daripada pelajar yang kebanyakannya mengucapkan terima kasih atas usaha dilakukan kerajaan.

Anda boleh lihat antara ucapan tersebut di bawah.


Untuk rekod, kerajaan sebelum ini membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan Zon Hijau ke kampung halaman yang berada di dalam Zon Hijau secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

Sumber: Twitter, Berita Harian