Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mohon Maaf Jika Menggores Hati Orang, Keadaan Kesihatan Ebby Yus Semakin Merosot - “Saya Dah Bersedia Apa Saja Yang Berlaku

Ernalisa
28/10/2024 02:25 MYT
“Saya mohon ribuan ampun dan maaf seandainya dalam bidang seni saya ada menyinggung perasaan semua, dan saya maafkan semua. Mana tahu anda ada terkutuk saya ketika melihat saya dalam TV,” kata pelawak dan pelakon Ebby Yus, yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan tiub akibat komplikasi buah pinggang.

BERITA BERKAITAN : Pernah Buat ‘Show’ Percuma, Atu Zero Hanya Mahu Hiburkan Orang - “Bila Kita Tengok Orang Gembira, Hati Rasa…”

BERITA BERKAITAN : “Kekuatan Jantung Hanya 27 Peratus, Saya Diminta Bersedia Untuk Dialisis,” - Ebby Yus

BERITA BERKAITAN : [VIDEO] Pamer Langkah Seni Silat, Ebby Yus Buat Netizen Terpukau

BERITA BERKAITAN :Banjir Selangor; Artifak Arwah Bapa Ezad Lazim Rosak, Lantai Rumah As Feminin Pecah

Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan, pelakon berusia 59 tahun ini memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin merosot.

Sempat menitipkan pesanan kepada rakan artis, tambah Ebby Yus lagi, tidak semua penonton akan senang dengan lawak dan perwatakan yang dibawanya.

“Kepada rakan-rakan artis yang sihat, teruskan berjuang. Saya minta maaf kalau sepanjang kita bekerja saya ada buatkan anda semua tak senang dengan cara saya. Maafkanlah saya.


“Kepada rakan artis, kita kena kikis anggapan orang luar tentang artis. Jangan bagi ruang orang kutuk dan fitnah kita. Kalau berhadapan dengan netizen, tutuplah segala-galanya.


“Janganlah kita keluarkan aib kita, terutama ketika berdepan dengan wartawan. Simpanlah aib-aib kita semua,” katanya sugul.

Ebby Yus memberitahu ketika ini dia perlu menjalani rawatan dialisis darah buat sementara waktu sebelum melakukan dialisis air di rumah sebagaimana disarankan oleh doktor pakar.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, dia tidak boleh meneruskan rawatan dialisis darah di leher itu kerana mengalami masalah jantung yang sudah tidak kuat.

“Macam saya kata, saya dah bersedia apa sahaja yang berlaku pada saya.


“Doakanlah untuk saya. Sekarang ini saya hanya perlukan doa sahaja dari semua,” katanya.


Ebby yang sebelum ini mempunyai masalah jantung dan buah pinggang berkata, dia perlukan rehat untuk seketika dan tidak boleh terlalu aktif bekerja lagi akibat penyakit dihidapi.

#maaf #Mohon #semua #Eby #kepada #Yus
;