Berita

"Motor Ni Ajar Kita Banyak Benda..." - PU Amin Masih Guna Motosikal Yang Dah Berusia 16 Tahun

ZULHILMI JALIL
17/12/2019
08:55 MYT
Pencetus Ummah (PU) Amin mengimbau kenangan kepada umum mengenai motosikal pertama yang dimilikinya sejurus selepas berjaya memperoleh lesen kenderaan.
Bahkan, PU Amin, 29, turut berkongsi cerita bahawa motosikal tersebut masih lagi digunakannya untuk kegunaan harian biarpun usianya sudah 16 tahun.
"Ini motor pergi sekolah dulu. Lepas tingkatan 4 mengamuk-ngamuk nak ambil lesen motor. Kumpul duit raya dan duit kerja katering lepas tu dapat buat lesen motor.
"Pujuk jampi ayah, akhirnya dapatlah beli motor Kriss terpakai bulan 12/2006. Masa tu hujung tahun nak naik tingkatan 5.
"Tolak campur dalam geran punya tahun, motor ni dah 16 tahun dah. Nombor dia pun ada ong. Itu bengkel cina cakap lah," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
PU Amin turut memuat naik berapa keping foto dirinya menunggang motosikal miliknya yang berwarna merah itu.

Ini motor pergi sekolah dulu . Lepas form 4 mengamuk ngamuk nak amek lesen motor. . Kumpul duit raya dan duit kerja caterring lepas tu dapat buat lesen motor , pujuk jampi ayah , akhirnya dapat lah beli motor kriss second hand bulan 12/2006 . Masa tu hujung tahun nak naik form 5.. . Masa tu sticker L letak besar gila dekat motor . Hari hati basuh motor . Lalu depan awek remmp remmpp motor , padahal bunyi kriss lembut ya amat . Janji ada gayo . Legend weh kalau kau pakai baju sekolah tapi kau ada motor sendiri . Kau kira king lah zaman tu.. . Motor ni pernah rosak , betul kan balik , rosak , betul balik . Jatuh motor ni pun pernah masa balik dari banting masa tingkatan 6 , jatuh bersepah dekat bangi lama . Terseret jauh jugak tapi bawak bengkel elok balik motor ni . Dulu warna biru , sekarang cat lain warna merah . Dengan kriss ni pernah kena kejar dengan JPJ.. . Macam macam kisah dengan kau kriss.Tolak campur dalam geran punya tahun , motor ni dah 16 tahun dah . Nombor dia pun ada ong . Itu bengkel cina cakap lah.. . Tadi naik motor ni pergi kelana jaya . Masa dekat traffic light ada waja biru turunkan tingkat , lepas tu dia tanya : .. . “Adik kompleks tabung haji dekat mana?”.. . Tak sangka naik motor ni boleh jadi muda, orang still panggil saya adik . Bukan adik adik okey ?.. . So itulah cerita saya dan motor kriss siamang tunggal ni . Jasa dia banyak . Setia nya kami bersama . Cinta tiada tandingan . Semoga kita terus hidup bersama . Kau rosak aku betulkan . Kalau aku rosak kau betulkan balik . Hidup Kriss !!.. . Pada yang mula hidup , yang hanya ada motor , teruskan bahagia . Jangan follow sangat life orang . Enjoy dengan life kita . Motor ni ajar kita banyak benda . Hidup slow slow . Ada rezeki , usaha lebih , ibadat tak tinggal , berkat doa mak ayah , Allah bagi korang lagi kenderaan yang bagus . Jaga diri atas jalan , jaga akhlak . Motor kita jiwa kita ❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Kata PU Amin lagi, motosikal jenis Modenas Kriss itu terlalu banyak jasanya dalam hidup.
Biarpun pernah rosak beberapa kali, ujarnya, dia akan tetap membaiki kenderaan tersebut sehingga ke hari ini kerana terlalu sayangkan motosikalnya.
"Jasa dia banyak. Setianya kami bersama. Cinta tiada tandingan. Semoga kita terus hidup bersama. Kau rosak aku betulkan. Kalau aku rosak kau betulkan balik. Hidup Kriss!!
"Pada yang mula hidup, yang hanya ada motor, teruskan bahagia. Jangan ikut sangat kehidupan orang. Berseronoklah dengan kehidupan kita. Motor ni ajar kita banyak benda. Hidup slow slow.
"Ada rezeki, usaha lebih, ibadat tak tinggal, berkat doa mak ayah, Allah bagi korang lagi kenderaan yang bagus. Jaga diri atas jalan, jaga akhlak. Motor kita jiwa kita," luahnya.
Perkongsian PU Amin itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikut.
Bahkan ada juga yang menyuarakan hasrat untuk membeli sekiranya mahu dijual kepada umum.
"Legend motor ni.
"Nak jual beritahu ya," antara komen netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine

gempak
26/05/2024
03:45 MYT
Soladiriti artis dan pendakwah Malaysia untuk Palestin.
Viral

Budaya Cop Saf Solat, PU Amin; "Masjid Ni Rumah Allah, Bukan Hak Kita"

gempak
25/03/2024
08:55 MYT
Sepanjang bulan Ramadan, sudah pasti ramai umat Islam mengambil peluang beramal ibadah menunaikan solat terawih di masjid. Akan tetapi, menerusi satu muat naik di Facebook, seorang individu menitipkan pesanan terhadap jemaah yang sering kali bertukar-tukar masjid (masjid hoppers) supaya menghormati 'budaya' di 'tempat' orang.  Menurut individu it
Laman Utama

"Agamawan, Artis Dah Dahlah Bertelagah" - PU Amin

gempak
19/05/2023
08:45 MYT
Tak bawa untung!
Laman Utama

Konsert Coldplay: "Kalau Saya Bantah Pun, Orang Tetap Pergi, Tiket Tetap Sold Out" - PU Amin

gempak
17/05/2023
06:30 MYT
Pandangan PU Amin berhubung isu bantahan konsert Coldplay pada 22 November 2023.
Laman Utama

“Rasa Takut Tu Tuhan Je Tahu”- PU Amin Kongsi Pengalaman Mendebarkan Gempa Bumi Di Turkiye

gempak
22/02/2023
04:51 MYT
PU Amin Kongsi Pengalaman Mendebarkan Gempa Bumi Di Turkiye