Sejak terpalit dengan beberapa siri kontroversi sepanjang tahun 2021, usahawan popular, Nur Sajat sering menyorot perhatian umum, terutama dalam kalangan pengguna media sosial.

Sering memuat naik perkembangan terkini di Instagram dan juga TikTok selepas berpindah ke Australia, gelagat Sajat bukan sahaja mengundang ketawa, malah kadang-kadang menuai kecaman daripada wargamaya.

Terbaharu, pemilik nama lengkap Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman itu dikritik selepas berkongsi video yang menampilkannya memperagakan busana seksi.

A post shared by Nursajat (@nursajatkamaruzzaman)


Menerusi rungan kapsyen, Sajat menulis ‘Be confident what you have’ yang membawa maksud yakinlah dengan apa yang kamu ada.

Meninjau rungan komen, kebanyakan respons yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial tidak bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Sajat.

“Makin hari makin tu Jat, ingat mati Jat,” pesan seorang pengikut.

“Buatlah macam mana sekalipun, kalau dah fitrah tu lelaki, tetap nampak lelaki jugak,” kritik seorang lagi pengguna media sosial.

“Kau Pikir Lawa Ke Pondan Karat,” tulis seorang netizen pula.

Dalam pada itu, ada juga yang bergurau dengan menyatakan yang kelihatan baby bump pada bahagian perut Sajat.

“Nampak dah baby bump, tahniah mommy to be,” seloroh seorang netizen.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki yang berjaya dalam proses lelongan barang kediaman Sajat disyaki menghilangkan diri ketika dia sepatutnya membayar wang tunai RM132,000, sebaik lelongan berakhir.