HIBURAN
Muaz Zabir Tak Kekok Bekerja Dengan Hawa Rizwana, Nafi Ada Hubungan Istimewa - “Dia Happy Go-Lucky…”
Tidak kekok atau janggal, pelakon Muaz Zabir mengakui selesa bekerja dengan pengacara Hawa Rizwana.
Kata Muaz, sikap pengacara itu yang sentiasa ‘happy go-lucky’ memudahkan urusannya untuk bekerjasama.
“Buat masa sekarang saya selesa bekerja dengan dia. Hawa seorang yang happy go-lucky, peramah dan senang nak bekerjasama dengan dia. Tidak pernah ada rasa kekok atau janggal.
“Nak kejar fenomena Bella Astillah dan Syed Saddiq susah. Kami bekerja setulus hati kami untuk sama-sama membantu jenama pakaian dan nama kami,” katanya ketika ditemui pada sidang media Gerobok Biru Gegak Gempita Raya.
Bagaimanapun, pelakon berusia 28 tahun itu memaklumkan bahawa hubungan mereka tidaklah lebih daripada seorang kawan.
“Hubungan sebagai seorang kawan dan rakan kerja. Saya selesa dengan dia. Ada content yang kita buat sebenarnya tiada dalam skrip, lain yang kita rancang lain yang dibuat.
“Kerja tidak ikut skrip ini kita tidak jadi robot dan benda itu jadi lebih live atau ‘rasa’.
Sementara itu, mengulas mengenai persamaan Bella dan Hawa Muaz percaya bahawa setiap individu mempunyai keunikan yang tersebdiri.
“Sepanjang saya bekerja dalam industri ini, hanya Bella sahaja yang dikaitkan dengan saya. Hawa pula sebab kami bekerja dalam industri yang sama.
“Saya tiada hak untuk bercakap mengenai kelebihan dan kekurangan seseorang.
"Mereka berdua peramah dan baik selain mempunyai kekuatan masing-masing," ujarnya lagi.
Must-Watch Video