Menjelang Ramadan, selain ingin menambah amal di bulan mulia seperti khatam Al Quran, Mulan Jameela memberitahu dia juga mahu memastikan seluruh ahli keluarganya berbuka puasa dengan menu makanan yang baik dan berkhasiat.

Lantaran itu isteri kepada Ahmad Dhani tersebut mengaku membuat satu grup WhatsApp yang berkaitan dengan menu-menu yang boleh menjadi idea untuk dimasak berbuka puasa.

BERITA TRENDING: [FOTO] Nafi Buat Hidung? Ini Koleksi Perbandingan Gambar Mulan Jameela Dahulu & KIni

Grup WhatsApp itu bukan hanya diisi oleh dirinya dan pekerja atau pembantu rumah tetapi juga Dhani.

“Jadi sekarang sudah ada grup WhatsApp yang berisi menu-menu masakan sama ada daripada TikTok, Instagram atau platform media sosial yang ada.

“Saya akan kongsikan menu apa yang mahu dimasak untuk berbuka puasa selama satu minggu bersama pembantu rumah dan tukang masak. Kita pilih.

“Tapi nantinya juga perlu dipersetujui Dhani. Dhani mahu makan apa untuk berbuka. Sebab itu Dhani juga ada dalam grup WhatsApp ini,” ujar Mulan seperti dilaporkan Detik.com.

BERITA TRENDING: Mulan Jameela Tutup Aurat Takut Mati, Netizen: “Tahu Dirinya Pelakor, Dosa Besar”

Menurut Mulan grup WhatsApp yang dibuat untuk menentukan dan berkongsi menu makanan berbuka bertujuan untuk memberi semangat buat menjalani ibadat puasa.

“Kadang-kadang kita buntu juga mahu makan atau masak apa untuk berbuka puasa. Jadi dengan ada grup WhatsApp ini kami berkongsi menu yang ada sebagai satu semangat juga saat berbuka,” katanya.

PILIHAN PEMBACA: Mulan Jameela Teruja Bertemu Fazura Selepas 6 Tahun - “Jumpa Dalam Keadaan Berbeza, Makin Cantik..”