Sejak menceburkan diri dalam bidang muzik, nama Mulan Jameela sering menjadi bualan peminat. Jika bukan sebab kerja, sudah pasti soal peribadi yang dibincangkan.

Terbaharu, nama penyanyi itu sekali lagi meraih perhatian netizen kerana dia didakwa menjalani pembedahan wajah sehingga berubah bentuk hidungnya.

Sungguhpun dihujani dengan tuduhan tidak berasas, Mulan tidak melenting, malah menafikan dakwaan yang disebarkan oleh netizen.

“Terlalu banyak cerita yang dibuat sehingga akhirnya menjadi fitnah. Contoh, wajah yang dibedah. Sama sekali tidak (pembedahan plastik).

“Jadi semua yang didakwa orang itu tidak benar," kata isteri kepada Ahmad Dhani itu saat tampil menerusi saluran video Deddy Corbuzier baru-baru ini.

Jom semak perbandingan wajah-wajah Mulan Jameela dahulu dan kini:

1. Muat naik gambar lama zaman sekolah menengah, pesona cantik Mulan nampaknya tidak luntur ditelan zaman. Masih menawan.



2. Kecantikannya lebih sempurna apabila dia tampil dengan solekan penuh.



3. Tidak seperti sebelum ini yang tampil dengan gincu merah, isteri Ahmad Dhani ini kini sering memilih warna nude.



4. Sebelum ini, Mulan mempunyai rupa ikonik dengan kening lurus yang menjadi trend pada zamannya, kini Mulan memilih untuk menggayakan kening yang lebih tebal.



5. Senyuman manisnya tidak berubah, sejak awal karier hingga kini sudah lebih dua dekad bergiat dalam dunia hiburan.



Sumber: Brilio

BACA: Mulan Jameela Tutup Aurat Takut Mati, Netizen: “Tahu Dirinya Pelakor, Dosa Besar”​