Pengakuan penyanyi dan ahli politik, Mulan Jameela mengenai penghijrahannya menutup aurat bukan disambut baik oleh netizen.
Menerusi sebuah video yang beredar di internet, perempuan asal Bandung itu mengaku berhijrah atau menutup aurat bukan semata mata kerana telah menjadi isteri dan ibu.
Sebaliknya ada peristiwa yang menghantui dirinya sehingga membuat dia mantap berhijrah sekitar lebih empat tahun kebelakangan ini.
“Saya menemukan kejadian yang membuat saya semakin yakin harus cepat-cepat berubah. Ia salah satunya adalah kematian.
“Kematian itu adalah hal yang pasti dan tidak boleh ditolak. Siapa yang boleh tolak kematian?
“Kita tidak boleh nego 'Ya Allah saya mau tanggal ini (mati)'," katanya sambil menangis.
Sebaliknya banyak netizen yang meninggalkan komen negatif saat melihat video pengakuan penghijrahan Mulan daripada seksi sehingga menutup aurat, lapor MSN.com.
Menurut netizen, rasa takut pelantun Makhluk Tuhan Paling Seksi terhadap kematian adalah mengingat kesalahannya di masa lalu antaranya kerana Ahmad Dhani dari mantan bos nya, Maia Estianty.
“Iyalaah tahu diri pelakor (perampas laki orang), dosanya besarkan,” komen @noooviiirismawati.
"Ingat dulu pernah zalim sama Bunda Maia tak?"komen @awelayaaa pula.
"Semoga berhijabmu tulus ya, jadi tidak terus dikeji dan membuat lebih ramai haters. Jangan jadi naughty ukhti loh ya," komen @m4makitchen.
Seperti diketahui Ahmad Dhani dan Mulan Jameela menikah siri pada tahun 2009.
Pernikahan itu terjadi setahun setelah Dhani rasmi bercerai dengan isterinya, Maia Estianty yang juga rakan duet Mulan dalam grup Ratu.
Maliah Surip
Sun Nov 13 2022
Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"
Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video berkenaan.
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.
“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan
Best dapat jiran sporting macam ni kan.
Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”
Abang Tesla nak bantu Datuk Red.
PM Anwar Beri Bayangan Tiada 'Cuti Tambahan' Sempena Sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.
Datin Patimah Akui Kembali Gembira Tahun Ini - “Alhamdulillah, Saya Lebih Sihat…”
Isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini.
Farez Adnan Nafi Ciplak Lagu Raya Aliff Syukri – “Saya Bayar Lebih Daripada Datuk”
Kecoh baru-baru ini mengenai kes lagu raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa telah diciplak oleh penyanyi dan komposer lain.
Aliff Syukri Tak Puas Hati Penyanyi Lain Ciplak Lagu Raya? – “Orang Tetap Nak Dengar Suara Saya”
Usahawan sensasi, Dato Aliff Syukri meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa seorang penyanyi lain telah mencuri lagu raya nya yang berjudul Chu Ku Chuk Raya.
Firdaus Wong Lapor Polis Ugutan Bunuh, Pukul & Fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.