Pelakon Beto Kusyairy meminta agar mana-mana individu atau pihak cuba melihara harga diri peminta ketika memberi sumbangan.

Menurut Beto, tidak sepatutnya amalan bersedekah itu dilakukan dengan cara menujuk-nunjuk sehingga memalukan si penerima.

“Sorok-sorok, bukan tayang-tayang. Muliakan yang meminta, bukan diri sendiri.

“Ada beza jika terpaksa tunjuk bila melibatkan amanah ramai orang. Cuma jangan dibanggakan dan peliharalah harga diri yang meminta. Itu lebih menginspirasi,” katanya.

Beto berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Beto turut meminta agar pemberi tidak meninggalkan kamera ketika sedang membantu orang yang berada dalam kesusahan.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata setuju dengan pandangannya.

Beberapa hari lalu, kempen benda putih dijalankan di seluruh negara bagi membantu golongan yang benar-benar memerlukan.