Laman Utama

Mulut Busuk Bau Petai, Ini Cara Dapatkan Balik Nafas Segar!

gempak
Amri Hassan
01/08/2023
05:21 MYT
Sponsor Banner
Mulut Busuk Bau Petai, Ini Cara Dapatkan Balik Nafas Segar!
Petai merupakan ulam-ulaman yang banyak digunakan dalam masakan di negara Asia terutama Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Petai atau nama saintifiknya Parkia Speciosa mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya antaranya mengandungi vitamin C yang berfungsi meningkatkan imun badan dan antioksida.
Ia juga mengandungi kalium untuk mengawal keseimbangan air badan dan fungsi jantung.
Petai miliki rasa dan aroma khas namun adakalanya baunya kurang menyenangkan, menusuk dan tahan lama.
Disebabkan aroma unik petai, ada segelintir individu rasa kurang senang dengan nafas berbau. Tapi jangan risau, korang boleh selesaikan masalah ini dengan mudah.

1. Minum air kopi

Kopi boleh menghilangkan bau petai. Selain minum kopi, korang boleh menggunakan biji kopi yang ditumbuk halus, kemudian kunyah.
Biarkan rasa pahit menyerap, dan jangan tambah gula karena ia akan membuat bau semakin kuat.

2. Teh tanpa gula

Minum teh selepas makan petai, teh hijau adalah pilihan terbaik!
Kandungan phytochemical dalam teh hijau bersifat antibakteria dan boleh membersihkan serta menghilangkan bakteria penyebab bau.
Selain menghingkan bau mulut akibat petai, teh juga boleh mengurangkan bau menyengat pada air kencing.

3. Kumur air garam

Berkumur dengan air garam efektif untuk menghilangkan bau petai dalam mulut. Caranya campurkan garam satu hingga dua sudu makan ke dalam air suam dan terus berkumur hingga hilang bau.
Korang juga boleh berkumur dengan ubat kumur agar mengekalkan nafas lebih segar. Kandungan klorik dioksida mampu membantu menghilangkan plak, bakteria dan sisa makanan.

4. Kunyah beras

Korang boleh mengunyah beras mentah untuk menghilangkan bau mulut. Kunyah saja 2-3 sudu beras mentah hingga hancur dan tiada lagi bau yang kurang enak.

5. Minum susu & yogurt

Untuk menghilangkan bau mulut akibat petai, korang juga bisa boleh minum susu atau makan yogurt.
Paling afdal, minum segelas susu atau setengah gelas yogurt selepas makan petai. Selain mengatasi bau mulut, ini juga baik untuk sistem pencernaan korang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live