Di ruangan kapsyen, Che Ta menulis ucapan sempena hari lahir Aniq.
"U r now 20 years old sayang...dah besaq panjang..Mummy doakan setiap langkah perjalanan hidup Aniq sentiasa dirahmati Allah..amin @aniqezra," tulis Che Ta.
Rata-rata pengikut turut sama memberi ucapan terhadap Aniq di ruangan komen.
Selain itu, Che Ta turut berkongsi video bersama keluarga dan rakan-rakan yang meraikan hari istimewa Aniq di ruangan Instagram Story miliknya.
Che Ta dan Zain berkahwin pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Che Ta mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.