Nama pelakon dan penyanyi Erul Samah menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara dilihat kerap kali meninggalkan komen di Instagram ramai selebriti termasuk Instagram (IG) rasmi @astrogempak.

Dalam masa yang sama bekas bintang Akademi Fantasia (AF9) itu turut berdepan kecaman dan sindiran netizen.

Astro Gempak mendapatkan Erul atau nama sebenarnya Khairul Janmuddin Abu Samah, 29, untuk mendapatkan penjelasan tentang apa yang berlaku.

#1 Erul Samah, anda mesti perasan yang nama anda kini trending di media sosial terutama Instagram, sehingga ada selebriti yang menggunakan tagar #erulsamah. Tapi orang tak kenal kamu. Siapa Erul Samah ni sebenarnya?

“Saya bermula kerjaya sebagai penyanyi selepas menyertai program realiti AF9 dan juga pelakon di beberapa drama televisyen.

“Kini saya sibuk mengajar dan menjadi guru vokal. Buat masa sekarang saya banyak buat ‘online class’ dan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya lebih sibuk berbanding waktu biasa sehingga tiada masa untuk makan.



#2 Adakah Erul sedar akan kecaman yang diberikan netizen tentang aktiviti akaun IG @erulsamah di media sosial?

“Sebenarnya akaun IG saya itu turut dipegang oleh adik yang saya lantik sebagai admin. Pada mulanya saya tidak menyedari mengenai hal ini sehinggakan satu hari selepas saya memuat naik foto di laman sosial tersebut dan tiba-tiba saya menerima banyak komen serta kecaman dari netizen termasuk di mesej peribadi (DM).

“Bila saya tanya adik saya, rupanya dia yang melakukan aktiviti sebegitu. Mungkin dia salah faham kerana saya memintanya untuk membalas komen di IG saya sahaja tak sangka dia menurunkan komen di banyak akaun lain.

#3 Boleh kongsikan antara komen atau kata-kata kesat yang Erul terima selama ini?

“Saya banyak terima kecaman di DM. Paling saya marah apabila mereka mempermainkan nama bapa arwah saya iaitu Samah dengan memanggil saya sebagai 'Erul Semak' dan 'Erul Sampah'. Saya rasa itu sudah melampau dan agak sedih.



#4 Selepas apa yang berlaku, adakah Erul akan teruskan aktiviti menurunkan komen di semua media sosial selebriti dan portal hiburan selepas ini?

"Saya akan teruskan aktiviti ini sebab benda pun dah jadi. Nak berhenti pun, orang dah bercakap dan kecam macam-macam.

“Pernah satu hari tu bila saya diam dan berhenti komen macam biasa, selepas itu mereka tanya pula banyak komen yang saya terima kata hashtag # kamirinduerul, tanya mana saya sampai tag saya di mana-mana akaun IG lain meminta saya komen sampai saya rimas.

"Jadi, untuk menyenangkan semua orang saya teruskan sahaja dan follow the flow.

#5 Apakah perkembangan terbaru karier seni Erul?

“Tidak lama lagi saya akan muncul dengan single baru berjudul Tak Bisa ciptaan sepenuhnya dari saya dan Edaran Warner Music. Saya akan umumkan nanti.

“Selain itu, saya juga berlakon dan bakal muncul dalam drama siri Potong untuk siaran Astro Warna,” kongsinya.