Usahawan cilik Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau Cik B telah membuat ciapan di laman sosial Twitter dipercayai ditujukan kepada selebriti kontroversi, Azwan Ali.

Sungguhpun tidak menyatakan nama, ciapan tersebut dikaitkan dengan Azwan kerana sebelum itu Cik B telah memuat naik video Tik Tok menggunakan latar suara selebriti dikenali sebagai Diva AA ketika mengeluarkan kata-kata kesat kepada ibunya, usahawan kosmetik Datuk Seri Diva (DSV).

Sungguhpun video tersebut mencuit hati warga Twitter, namun rata-rata mereka memuji sikap positif dimiliki Cik B.

Ini kerana walaupun baru berusia 15 tahun, Cik B dilihat matang membalas hinaan Diva AA kepada ibunya.

“Mungkin dia mempunyai ‘narcissistic disorder’,” ciap Cik B di Twitter yang mendapat 120 ulang kicau dengan 531 tanda suka.

Cik B kemudiannya memuat naik potongan artikel mengenai simptom penyakit ‘narcissistic disorder’.

“Okay sekarang saya tahu mungkin dia mempunyai ‘narcissistic disorder’...

"Okay, doakan dia, bukan benci tetapi dia perlukan pertolongan (Okay now I know? maybe dia mempunyai narcissistic disorder okay “pray for him” ain’t no hate but he needs help seriously),” ciapnya.

Ciapan kedua itu juga turut mendapat ratusan ulang kicau dan tanda suka warga Twitter.



Narcissistic Personality Disorder (NPD) atau “Gangguan Personaliti Narcissistic” adalah suatu keadaan di mana orang yang mempunyai perasaan yang berlebihan dengan kepentingan diri, keasyikan melampau dengan diri mereka sendiri dan kekurangan perasaan empati untuk orang lain.

Ia juga merupakan salah satu penyakit gangguan mental dan perlu rujukan pakar.

Dalam perkembangan lain, Cik B tersenarai dalam Top 20 Anugerah MeleTop Era 2020 bagi kategori bagi Kategori Influencer MeleTOP.

Berminat nak mengundi dan lihat kategori lain, boleh ke laman web rasmi MeleTOP di Anugerah MeleTOP ERA dan undi artis kegemaran anda disana.

Undian telah dibuka bermula 29 Januari 2020 - 25 Februari 2020.