Penyanyi, Tajul tidak berkecil hati dengan kritikan yang diberikan oleh juri tetap, Faizal Tahir terhadap persembahannya sepanjang menyertai program realiti Big Stage.
Tajul berkata, dia mengambil teguran itu secara positif dan secara tidak langsung memberikan semangat untuk memperbaiki mutu persembahannya.
“Saya tak pernah ambil hati komen juri, sebab saya tahu apa yang juri kritik itu kerana mereka mahukan yang terbaik untuk saya.
“Bagi saya juri memang ada hak untuk menilai persembahan setiap bintang dan saya ambil teguran itu dengan hati yang terbuka.
“Saya pun dah cuba perbaiki kekurangan yang ada dan saya anggap rezeki hanya setakat ini. Bukannya saya tidak layak untuk masuk ke final tetapi mungkin ada lagi bintang yang lebih layak,” katanya kepada Gempak.
Tajul juga turut mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan dia tidak sesuai untuk menyertai program realiti.
“Nak kata nampak terlalu rilex itu saya tak pasti sebab saya dah buat bersungguh-sungguh. Mungkin kerana karakter saya dah memang begitu jadi tak boleh buat apa.
“Tak mengapalah, saya percaya rezeki tuhan itu ada di mana-mana. Andai kata ada lagi tawaran untuk sertai program seperti ini, saya tidak akan tolak,” jelasnya.
Tambah Tajul lagi dia tidak berasa kecewa apabila namanya diumumkan sebagai bintang yang tersingkir kerana sudah memberikan persembahan terbaik.
“Alhamdulillah, puas hati dengan persembahan kerana saya dah buat yang terbaik tetapi mungkin ada yang lebih baik lagi daripada saya.
“Saya tak kecewa kerana sejak awal lagi penglibatan dalam Big Stage, saya bukan mahukan kemenangan.
“Sebaliknya mahu menimba pengalaman bagaimana rasanya sertai program realiti kerana saya tidak pernah menyertai mana-mana program sebelum bergelar artis.
“Ini adalah kali pertama jadi saya mahu belajar dan cungkil seberapa banyak ilmu yang diberikan. Kemudian barulah kita tahu bahagian mana yang lemah kerana saya bukanlah sempurna,” jelasnya.
Tajul menyampaikan lagu Sulit nyanyian asal Aman Aziz sebelum diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu kelima Big Stage.
Big Stage ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tiktok ini disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Big Stage juga boleh ditonton melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.
Layari laman web www.bigstage.com.my untuk informasi terkini mengenai program ini.
Mya Amri
Wed Sep 05 2018
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.