Megadrama yang menggandingkan aktor Farid Kamil dan Lisa Surihani berjudul Pelindung Seorang Puteri telah mula menjadi bualan peminat hero dan heroin ini.

Rata-rata teruja dan tidak sabar menanti tayangan episod pertama Megadrama ini bermula hari ini, jam 10.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Komen-komen itu diturunkan di akaun Instagram Farid Kamil selepas aktor itu memuat naik sedutan drama tersebut.

“Mesti best ni.

“My favourite hero & heroin, tak sabar nak tengok!

“Kena record ni takut terlepas,” komen antara peminatnya.

Kali terakhir mereka ‘disatukan’ adalah menerusi filem Lagenda Budak Setan pada tahun 2010 dan turut bekerjasam dalam menjayakan filem lain seperti Semerah Cinta Stiletto, I’m Not Single serta banyak lagi.

Gandingan mereka dalam slot Megadrama di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD ini pasti dapat mengubati kerinduan peminat yang mahu melihat mereka ‘bersatu’ kembali.

"Jika benar cinta,tak akan ada luka.... . Pelindung Seorang Puteri #pelindungseorangputeri . Terbitan @suhanmovies @iamrosyam . Arahan @yusryabdhalim . Dibintangi oleh: @lisasurihani @faridkamilz @sharnaazahmad @haleedamazlin @arashmohd30 @wannorazlin_307 @pu_rizzz_ismail @jasmine_suraya @ezzatyabdullah @nadiyah.shahab @zainhamid @norreen143 @faeznick #Hafizuddinfazil . Dan ramai lagi. @bambam_studios . #pelindungseorangputeri #megadrama #astroria #astroriahd #suhanmovies #legand

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz) on

Namun selepas 10 tahun, mereka kembali dalam naskhah yang lebih matang seiring dengan usia dan status mereka yang kini sudah berkahwin.
Berbeza berbanding kisah cinta tipikal remaja mereka sebelum ini, Pelindung Seorang Puteri bakal menyuntik elemen romantik dan kejutan thriller dalam naratif penceritaan sebagai kelainan.

Drama bersiri Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Menariknya drama 16 episod yang diarahkan oleh Yusry Abdul Halim iaitu suami kepada Lisa sendiri.

Selain dua pelakon utama itu, ia turut dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.

Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.

Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?

Saksikan Pelindung Seorang Puteri pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Istimewa buat para pelanggan Pakej NJOI, episod pertama drama bersiri ‘Pelindung Seorang Puteri’ akan turut disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.