Hiburan

#MyHero : "Hanya Allah Saja Mampu Balas" - Lihat Betapa Cerianya Gadis Ini Terima Kejutan Khas Daripada Petugas Frontliner!

Hanafis Haris
02/05/2020
21:23 MYT
Biarpun keringat mereka banyak dihabiskan untuk merawat dan menjaga keselamatan orang awam daripada ancaman COVID-19, namun ia bukanlah bermaksud mereka tidak boleh menceriakan pesakit atau individu lain.
Perkara ini terbukti apabila beberapa petugas frontliner telah membuat kejutan hari jadi terhadap seorang remaja yang sedang menjalani proses kuarantin.
Gelagat mereka membawa kek sambil menyanyi lagu hari jadi yang diiringi petikan gitar itu telah pun dimuat naik oleh remaja tersebut menerusi satu posting di Twitternya.
"Dapat suprise untuk hari jadi saya. Tak adalah sendu sangat kuarantin seorang diri. Banyak betul jasa diorang.
"Terima kasih frontliner APM, Pejabat Daerah Hulu Langat, KKM, PDRM, RELA, JKM dan pihak hotel.
"Tak cukup dengan kek dan nyanyi, dapat juga hadiah. Mereka sangat baik," katanya.
Menurutnya lagi, kesemua frontliner ini telah menjaga mereka dengan cukup sempurna.
"Petugas ini akan pastikan kami semua sihat. Allah je yang mampu balas jasa diorang ni," katanya.
Frontliner : APM, Pejabat Daerah Hulu Langat, KKM, PDRM, RELA, JKM & pihak hotel. ❤️ POGH pic.twitter.com/2dm2tWggW8— Mumu (@littlekia_) May 1, 2020 Apapun kepada petugas frontliner, anda memang hero!
Kami di Gempak sentiasa mendoakan kesejahteraan frontliner dan individu yang bertugas ketika penularan wabak COVID-19 ini.
Buat pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.