Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nabil Ahmad Mohon Cuti Dengan Bos ERA Guna Billboard Gergasi - "Saya Dah Lama Minta, Tapi Susah Nak Lulus"

Amri Hassan
17/07/2024 16:55 MYT
Penyampai radio ERA Nabil Ahmad tampil dengan aksi unik memohon cuti dengan majikannya, Dhen, menggunakan papan layar iklan gergasi di Bukit Bintang.

Menurut Nabil, ini adalah cara terbaik agar permohonan cutinya diterima dengan lapang dada.

“Saya dah lama minta cuti dengan bos saya Dharmendra atau lebih dikenali sebagai Dhen, tapi susah untuk diluluskan.

“Jadi kali ini saya ada idea terbaik iaitu mohon cuti menggunakan papan layar iklan gergasi di Bukit Bintang.

“Saya beri kejutan itu dengan mengajaknya ke Bukit Bintang untuk lepak minum, namun saya bawa Dhen terus lokasi papan layar berkenaan untuk tunjukkan sesuatu.

“Secara tiba-tiba video permohonan cuti saya dimainkan di papan layar itu, Dhen terus terkejut dan terkesima.

“Selepas selesai video itu dimainkan, Dhen tergelak besar lalu setuju untuk luluskan cuti saya,” katanya.

BERITA TRENDING: Shuk Sahar Dedah Shuib Bagi Pinjam Wang Sehingga RM10,000, Nabil Ahmad & Ebby Yus Pula Terus ‘Bank In’ - “Ada Yang Sampai Bini Suruh Block”

BERITA TRENDING: “Kita Kena Sedar Bila Masuk Dalam Industri Ini Kena Terima Yang…” - Nabil Ahmad

​BERITA TRENDING: Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”

​BERITA TRENDING: Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”

Difahamkan, Nabil akan bercuti selama 14 hari dan akan manfaatkan waktu itu untuk bersama keluarga.

“Saya bercadang akan membawa keluarga melancong ke luar negara mungkin di sekitar negara ASEAN.

“Bercuti bersama keluarga amat penting bagi saya untuk eratkan kasih sayang sesama kami.

“Saya sentiasa sibuk dengan kerja di radio, tv mahupun di majlis-majlis lain, jadi bercutilah dapat hilangkan kepenatan.

“Apa-apa pun saya ucap terima kasih kepada Dhen kerana luluskan cuti saya,” akhir Nabil dengan penuh gembira.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)


#Viral #Nabil Ahmad #Penyampai radio #Radio #Deejay #Billboard #Era #Bos #Cuti #Dhen