Hiburan

Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”

gempak
Asyikin Mayudin
06/05/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”
Pengacara Nabil Ahmad melihat penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah seperti pasangan bahagia ketika penyanyi itu sedang bertanding dalam program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), tahun lalu.

Aliff & Bella Sentiasa Bersama Di GV

Menurut Nabil lagi, dia tidak nampak sebarang tanda-tanda pasangan itu sedang berdepan dengan masalah rumah tangga memandangkan Aliff dan Bella sentiasa bersama.
"Semasa di GV saya tidak lihat apa-apa pun perubahan pada Aliff. Saya lihat mereka (Aliff dan Bella) sebagai loving couple. Itu berdasarkan mata kasar saya.
"Bella sentiasa teman Aliff sepanjang di GV. Malah sebelum dan selepas buat persembahan Aliff sentiasa ada dengan Bella. Mereka selalu duduk sama-sama,” katanya kepada Gempak.
Nabil berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka FYP Raya Era yang berlangsung di Restoran Rebung 2 Chef Ismail, Putrajaya, pada baru-baru ini.

Ujian Rumah Tangga

Dalam pada itu, Nabil menyifatkan dugaan yang melanda rumah tangga Aliff dan Bella sebagai ujian buat mereka.
Katanya juga, orang ramai hendaklah mendoakan yang terbaik agar pasangan itu menemui titik perdamaian.
"Saya percaya setiap orang akan ada ujian hidup masing-masing. Tetapi apabila berlaku perkara begini, saya sebagai sahabat percaya ujian yang diberikan ini tanda Allah sayang dia.
"Keluarga Bella dan Aliff ketika ini sedang diuji. Tugas kita orang lain mendoakan untuk mereka.
"Saya sebagai orang yang sudah berkeluarga terfikir bagaimana jika ujian sebegitu datang pada saya. Semua orang ada kisah silam, manusia tidak lari dari berbuat khilaf,” ujarnya.
Sebelum ini, menerusi temu bual bersama The Common Folks, Aliff berkata dia mengetahui kecurangan Bella dengan pelakon baharu, Muaz Zabir ketika dalam GV iaitu pada 13 November 2023.
Aliff mengetahui hubungan Bella dan Muaz selepas membaca perbualan mesej mereka di telefon bimbit isterinya.
Kata penyanyi lagu Sayang-Sayang itu, beberapa bulan sebelum itu, rumah tangganya masih dalam keadaan baik meskipun Bella sudah menunjukkan perubahan.
Aliff juga tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dalam kontroversi membabitkan namanya.
Sekadar info, pada 13 Mac lalu, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Keputusan itu dibuat susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu dengan alasan masih sayang dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Tidak berhenti di situ, isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang mendakwa dia kekasih Aliff sejak Januari lalu.
Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap skrin layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan Ruhainies dalam usaha ingin menjatuhkan Bella.

BERITA TRENDING: "Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah

BERITA TRENDING: Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live