Hiburan

“Kita Kena Sedar Bila Masuk Dalam Industri Ini Kena Terima Yang…” - Nabil Ahmad

gempak
Asyikin Mayudin
09/07/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
“Kita Kena Sedar Bila Masuk Dalam Industri Ini Kena Terima Yang…” - Nabil Ahmad
Penyampai radio Era FM iaitu Nabil Ahmad berkata seorang selebriti yang memilih untuk masuk dalam industri seni perlu belajar untuk menerima kritikan memandangkan bukan semua orang meminati.

Dua Puak Dalam Industri

Nabil menerusi segmennya dalam 3 Pagi Era berkata terdapat dua puak dalam dunia selebriti iaitu yang sayang atau ‘lovers’ dan pembenci (haters).

“Pertama sekali kita kena sedar, bila kita masuk dalam industri ini kita kena terima yang kita harus belajar terima kritikan kerana tak semua orang suka kita.

“Kita ada dua puak dalam kerjaya kita… kita ada lovers, kita ada haters. Macam Shila Amzah cakap, kita yang kena terima keadaan itu. Kita kena belajar terima apa yang orang cakap dengan kita,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Kematian Pencipta Kandungan Akibat Buli Siber, Fahmi Fadzil Luah Rasa Kecewa

ARTIKEL BERKAITAN: Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine

Nabil berkongsi perkara itu selepas rakannya dalam segmen 3 Pagi Era iaitu Radin bertanyakan mengenai komen negatif yang diterimanya dalam media sosial.

Belajar Menerusi Ceramah

Pada perkongsian yang sama, Nabil yang juga seorang pengacara memberitahu dia banyak belajar menerusi ceramah daripada penceramah bebas, Ustaz Somad mengenai kehidupan.

“Macam saya pula belajar benda ini dengan ustaz Somad dalam satu ceramah agama dia. Bila dia kata, kalau kita ini hidup atas pujian dan mati disebabkan kerana kejian, kita ini tak ada iman.

“Jadi, sebagai seorang Islam kita kena sedar yang ‘okay engkau hidup atas dasar apa’. Tak kisah la bidang apa pun, kalau kita kerja kerani pun kita suka pujian dan kita akan murung bila kita dikeji.
“Walaupun kita kerja seorang kerani. Bila orang datang ‘oh baguslah awak kerani yang bagus’. Oh happy kita satu hari… kalau satu hari itu tiba-tiba bos datang kata ‘engkau ini kerani yang tak elok la. Apa kerja, kerani pun tak boleh buat’.
“Rasa macam down. Jadi, kita hidup atas dasar apa. Kalau itu yang boleh menghidup dan mematikan kita iaitu pujian dan kejian, kita di mana keadaan kita sekarang ini,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider Selamba Tayang 'Anu' Depan Masjid

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Blogger Mukbang’ Meninggal Dunia Selepas Lahap Ayam Goreng

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024