Laman Utama

Nabil Ahmad Terkilan Tak Sempat Tunai Hajat Arwah Bapa Nak Masuk Tabligh - "Saya Nak Dia Rasa Juga..."

gempak
Shahrin Zulkifle
12/10/2022
13:00 MYT
Sponsor Banner
Nabil Ahmad Terkilan Tak Sempat Tunai Hajat Arwah Bapa Nak Masuk Tabligh - "Saya Nak Dia Rasa Juga..."
“Dia suruh saya terus istiqomah”, demikian jawapan pengacara dan penyampai radio Nabil Ahmad apabila ditanya mengenai pesanan yang paling diingati diberikan oleh arwah bapanya Ahmad Haji Ismail.
Menurut Nabil, 39, arwah ayahnya menyukai perubahan ke arah kebaikkan yang dilakukannya, malah arwah turut mendokan agar dia dapat memberi manfaaat dalam keluarga.
“Dia pesan pada untuk terus istiqomah sebab dia lihat dan suka perubahan yang saya cuba bawa dalam keluarga kami, perubahan yang baik.
“Dia kenal saya sebagai seorang anak kerana dia telah jaga saya daripada kecil hingga saya masuk ke dalam industri.
“Katanya semoga apa yang saya buat ini akan beri manfaat dan kebaikan dalam keluarga besar kami,” ujarnya.
Nabil berkongsi perkara itu usai dia mengacarakan program MeleTOP yang bersiaran secara langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil dan turut disiarkan menerusi Astro Ria, 9 malam.
Dalam pada itu, hos program GegarVaganza musim ke-9 (GV9) akui terkilan dengan dirinya apabila tidak dapat menunaikan permintaan ayahnya untuk menyertai kumpulan tabligh yang sebelum ini pernah disertai dirinya.
“Saya memang ada plan untuk ajak dia masuk tabligh, saya pernah bawa kawan-kawan ustaz ke rumah dan dia menyambut kehadiran mereka dengan senang.
“Saya borak dengan dia bagi tahu akan pergi masuk tabligh selama tiga hari. Masa saya bagi tahu dia sangat excited dan tak sabar.
“Saya dah masuk dan tahu nikmat serta seronok bersama para ulama, saya nak dia rasa juga. Itulah yang saya ralat sikit tak dapat nak buat dengannya,” tambahnya Nabil.
Terdahulu, ketika sedang mengendalikan program MeleTOP bersama hos jemputan, Datin Lisa Surihani, Nabil dilihat gagal menahan airmatanya apabila berkongsi keadaan terkini dirinya sewaktu program itu sedang berlangsung.
BACA: [VIDEO] "Setiap Kali Duduk Seorang Saya Akan Menangis" - Nabil Ahmad Kenang Arwah Bapa, Berjurai Air Mata Di MeleTOP
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024