Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Nabila Huda Jijik Dengan Ibu Tiri - “Minta Maaf Rasa Nak Muntah Dengar Status Itu, Saya Cuma Ada Seorang Emak”

Mya Amri 30/04/2025 | 01:40 MYT

Pelakon, Nabila Huda enggan lagi berselindung dan mengakui berasa jijik untuk mengakui Nourish Hassan sebagai ibu tirinya.

Dakwa jadi punca konflik

Menggelarkan Nourish sebagai ‘perempuan itu’, Nabila mendakwa, wanita terbabit menjadi punca kepada tercetusnya konflik hubungan bersama bapa yang juga penyanyi legenda, Amy Search sejak bertahun-tahun lamanya.

Dalam pada itu, Nabila memberi amaran kepada ibu tirinya untuk berhenti melakukan sebarang perkara yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Wahai ‘perempuan itu’ saya nak awak tahu , saya tahu semua rahsia awak. Saya tahu semua yang berlaku dan ada segala-galanya.

“Jadi, berhentilah buat apa yang awak sedang buat sekarang. Kita ini tak kisahlah status tinggi mana, yang penting adalah adab.

“Untuk pengetahuan awak wahai ‘perempuan itu’, satu industri bencikan awak. Semua orang tak selesa dengan awak,” tegasnya.

Peluang betulkan keadaan masih terbuka

Malah kata Nabila, peluang untuk memperbetulkan keadaan masih terbuka, selain menyeru agar wanita berkenaan membuang segala sikap negatif kerana apa dimahukan adalah kasih sayang seorang bapa.

“Awak jangan risau, saya memang tiada niat untuk merampas harta papa (Amy) saya. Saya berdiri dengan diri sendiri dan tak perlukan semua itu.

“Saya cuma perlu untuk menumpang kasih seorang ayah sahaja. Kenapa susah untuk awak terima, berhentilah untuk cemburu, buanglah sikap busuk hati, kita ini hidup sementara sahaja.

Sebelum apa-apa yang berlaku, lebih baik hentikan sebelum lebih ramai siasat siapa diri awak yang sebenar. Siapa makan cili, dia terasa pedas,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Harap Kita Bersama Suatu Hari Nanti, Mungkin Disini Atau Kehidupan Yang Lain” – Doa Nabila Huda Kepada Amy Search

ARTIKEL BERKAITAN:“Kau Adalah Manusia Yang Bijak Mempergunakan Orang Tapi Bodoh Jugak” - Nabila Huda Tempelak Siapa?

ARTIKEL BERKAITAN:Nabila Huda Tiada Masalah Dengan Sophia Albarakbah - “Teguran Itu Bersifat Profesional”

ARTIKEL BERKAITAN:“Nad Zainal? Siapa Tu Pelakon Ke?”- Nabila Huda Pelik Tak Kenal Tapi IG Kena Block

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Pernah Alami Anxiety, Nabila Huda - “Dia Tak Pernah Kongsi, Mungkin Sebab…”

Sebelum ini, perkongsian Nabila yang memaparkan dia bertemu dan memeluk Amy, sambil kedua-duanya menitiskan air mata meruntun hati netizen.

Turut dimuat naik Nabila adalah video dirinya mencurahkan perasaan rindu terhadap Amy selepas kira-kira setahun tidak berjumpa melalui panggilan telefon ketika bapanya itu menjadi tetamu di sebuah radio.

#Nabila Huda #Amy Search #Tiri #:Ibu #Nourish Hassan