Laman Utama

Bapa Pernah Alami Anxiety, Nabila Huda - “Dia Tak Pernah Kongsi, Mungkin Sebab…”

gempak
Shahrin Zulkifle
16/03/2023
12:00 MYT
Sponsor Banner
Bapa Pernah Alami Anxiety, Nabila Huda - “Dia Tak Pernah Kongsi, Mungkin Sebab…”

Baru-baru ini penyanyi rock lagenda, Datuk Amy Search mendedahkan pernah berdepan masalah anxiety (kemurungan) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu.

BACA: Penang Berdepan Anxiety Ketika PKP, Amy Search - “Tiba-Tiba Menangis, 3 Pagi Bangun…”

Bagaimana pun, menurut anaknya yang juga seorang pelakon, Nabila Huda menjelaskan dia tidak pernah mengetahui hal tersebut. Malah bapanya juga tidak berkongsi mengenai masalah itu.

Kata Nabila atau mesra dengan sapaan Abil, berkemungkinan bapanya tidak mahu dia merasa bimbang seandainya mengetahui hal tersebut.

“Saya tak pernah tahu dan dia tak pernah kongsi apa-apa pada saya, mungkin sebab dia tahu saya akan risau,” ringkasnya.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada acara Glam x Glam Lelaki Fashion Show Party 2023 yang berlangsung di sekitar ibu kota pada Rabu.

Dalam pada itu, aktres berusia 38 berpendapat bahawa kebanyakkan anak seni pernah berhadapan dengan masalah anxiety.

“Saya rasa semua selebriti pernah berhadapan dengan masalah anxiety, lagi-lagi bila dia berdepan dengan perkara yang buat dirinya rasa nervous.

“Semua akan melalui rasa itu, tidak kira penyanyi, pelakon akan melalui anxiety itu,” tambahnya.

Selain Nabila, acara yang dipersembahkan oleh jenama terkenal Coach itu turut dimeriahkan dengan beberapa kehadiran selebriti termasuk, Nadia Brian, Emma Maembong, Nadhir Nasar, Daiyan Trisha, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live