Aktres hebat Nabila Huda disahkan positif COVID-19 buat kali kedua melalui ujian kendiri.
Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil, 38, kesakitan yang dirasainya kini agak teruk berbanding pertama kali positif menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu.
“Saya kena Covid lagi buat kali kedua tapi kali ni saya rasa macam sakit dia lebih teruk daripada kali pertama.
“Kali kedua ni saya ada beberapa simptom seperti sakit tekak yang sakit gila, selsema sikit, lepas tu demam macam on off,” jelasnya menerusi satu hantaran video di IG Storynya sebentar tadi.
Berkongsi situasi terkini, Abil sedang menjalani tempoh kuarantin di negeri Perlis memandangkan dia berada di set penggambaran filem Telaga Suriram arahan pengarah terkenal Osman Ali.
Turut sama disahkan positif adalah pembantunya di set penggambaran yang sama.
“Here we go again, kena kuarantin. Tapi yang tak bestnya sebab saya kat Perlis, saya jauh daripada keluarga. Saya ada post di Instagram saya buat test negatif tapi bila sampai sini, i buat test, positif.
“Masa positif kali pertama, tak macam ni. Masa tu cuma hilang deria rasa dan deria bau dimana teruk jugak tapi takde rasa kesakitan. Yang sekarang ni macam, rasalah sakit tu,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, anak kepada lagenda rock Amy Search itu juga memohon doa orang ramai agar dia segera sembuh dan boleh kembali menjalani penggambaran seperti biasa.
“Doakan saya cepat sembuh ya. Saya okay, cuma berehat dan kru produksi, pelakon semua belikan makanan, ubat, mereka jaga saya dengan baik,” katanya.
Terdahulu, hanya Nabila seorang sahaja yang disahkan positif manakala suami, Izwan Johar dan anaknya, Keisha Laila masing-masing negatif.
BACA: Nabila Huda Positif COVID-19, Mula Hilang Deria Bau. Ini Pesan Amy Search: “Papa Love You”
Azwa Rahman
Thu Mar 10 2022


Hanna Delisha Akui Penat Menangis Dalam ’Andai Itu Takdirnya’ - “Sebab Itu Habis Projek Ini Saya Nak Ambil…”
Lakonan Hanna memang power!

#AstroGoMovies: Jom Gandakan Pahala Dengan Menyaksikan Program Menarik Sepanjang Ramadan! Ada Nabil To Neelofa, Geng Ta’alim & Banyak Lagi
Program menarik! Jom tengok

“Wajah Semua Comel Bersih, Tak Terbakar”- Ebit Lew Menangis Hadiri Pegebumian 4 Beradik
Ebit Lew Menangis Hadiri Pegebumian 4 Beradik

Wak Doyok Pilih Calon Isteri Yang Boleh Tinggal Dengan Ibu - “Saya Juga Mementingkan Aspek..."
Itu syarat Wak Doyok

Shuk Sahar Sah Bercerai Dengan Rossa Sera - “Sebenarnya Selepas Balik Umrah Bersama, Kami Ada…”
Doa yang baik-baik untuk Shuk & Sera.

“Bohong Je Kerja! Aku Malas Nak Cari Jantan-Jantan Yang Kau Scam” - Afiq Muiz Dedah Mesej Curang Isteri
Afiq dedah mesej isteri.

Emma Maembong Hanya Tahu Jantina Baby Ketika Acara ‘Gender Reveal’ - “Setiap Kali Check Up Juga La Tahan Mata…”
Semoga dipermudahkan urusan Emma nak bersalin.

Dua Kali Kena Tipu, Akhirnya Wafariena Berjaya Miliki Kereta Idaman - “Tak Nak Cakap Banyak, Tengok Je..."
Tahniah Wafariena!

“Nak Aku Kerja Bagi Kau Makan?”- Tanggung Biawak Hidup, Pachara Apin Dakwa Afiq Muiz Lelaki Dayus Pukul Perempuan & Main Game Saja
Pachara Apin Dakwa Afiq Muiz Lelaki Dayus Pukul Perempuan & Main Game Saja

Tular Video Buka Tudung & Berparti, Ini Kata Mia Sara - "Saya Terima Dengan Hati Terbuka"
Mia Sara tampil jelaskan mengenai isu buka tudung dan berparti