Nabila Razali Gemuruh Sambut Bayi Sulung, Tetap Bekerja Meski Menghitung Hari – “Saya Cuba Berehat Tapi…”
Gemuruh Sambut Anak Pertama
Menurut Nabila, dia mengakui berasa gemuruh menantikan detik bermakna tersebut bersama suami tercinta, Nik Iruwan Nik Izani.
“Gementar juga, tapi sepanjang kehamilan ini prosesnya mudah saja, orang sekeliling banyak bantu,” kongsinya kepada Gempak.
Nabila ditemui pada majlis bersama media untuk single kolaborasi bersama penyanyi Bella Astillah iaitu CACACA di ibu kota pada Isnin.
Teruja Buat Persiapan
Ditanya mengenai keterujaan menjelang hari dinanti tersebut, Nabila berkongsi dia sudah selesai membuat persiapan dengan membeli-belah barangan bayi.
“Jujur saya katakan, saya baru saja selesai buat persiapan minggu lalu. Sebelum ini jadual saya padat dengan kerja.
“Saya cuba buat persiapan dengan membeli-belah semampu yang boleh. Sambil bekerja pun saya ada membeli-belah. Sempatlah shopping,” kongsinya lagi.
Tak Boleh Duduk Diam
Dalam pada itu, pelantun lagu Tangis itu turut berkongsi dia tidak bercadang untuk berehat sebelum melahirkan sebaliknya tetap terus bekerja.
“Saya dah terbiasa bekerja, saya okey saja sampai tiba masanya nanti saya akan berehat sebelum melahirkan.
“Alhamdulillah, suami juga okey, dia ada pesan kerja elok-elok, jangan kerja lebih masa takut penat. Ia satu rezeki dapat suami yang memahami,” katanya.
Kembali Bekerja Ramadan Depan
Kongsi Nabila lagi, dia juga akan kembali bekerja selepas selesai tempoh berpantang dan pada bulan Ramadan tahun hadapan.
“Kemudian pada bulan puasa saya terus mula bekerja kembali, Insya-Allah kalau tiada apa-apa.
“Saya tak tahu bagaimana nanti, orang kata bila jadi ibu ini lain, tetapi buat masa ini itulah perancangannya,” tutupnya.