Baru-baru ini pelakon popular, Nad Zainal memuat naik satu posting di Instagram Stories miliknya dengan menulis bakal berehat seketika dalam penggambaran drama bersiri.

Mengulas lanjut isu berkenaan, pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin berkata tindakan tersebut di ambil kerana dikhuatiri penonton akan berasa jemu seandainya melihat wajah pelakon yang sama di kaca televisyen.

“Saya tidak boleh katakan berapa lama akan berehat dalam mengambil tawaran siri.

“Saya rasa ingin fokus pada telemovie terlebih dahulu, sebabnya dah back to back pengambaran drama bersiri, saya risau penonton akan bosan melihat wajah yang sama di televisyen. Saya tidak mahu hal demikian bertindih-tindih,” katanya.

Tambah pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu, dia akan menggunakan waktu rehatnya untuk mencari keunikan lain yang boleh ditonjolkan dalam lakonannya,katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp pada Jumaat

“Dengan merehatkan diri ini saya boleh cari perkara-perkara yang saya tidak pernah buat, yang tidak pernah saya bawa dalam mana-mana drama sebelum ini.

“Saya ingin lari seketika dari mengambil tawaran yang ada jalan cerita kisah cinta,” ujar Nad.

Sekadar info, selepas kejayaan membintangi drama bersiri 85 episod, Dedam Seorang Isteri, Nad kini sibuk dalam drama 16 episod arahan Shahrulezad (Budak Ijat) berjudul Cina Buta.

Memegang watak sebagai Mia sara, Cina Buta mengisahkan kisah perceraian dan masalah rumah tangga dalam kalangan masyarakat masa kini.

Cina Buta bakal bersiaran di saluran Astro Ria bermula Oktober depan.